30 keluarga disantuni, ziarah rumah ke rumah dekati pemimpin dan rakyat

KOTA MARUDU – Seramai 30 keluarga kurang berkemampuan di Kampung Nalapak disantuni menerusi program ziarah kasih rumah ke rumah yang bertujuan mendekatkan lagi hubungan antara pemimpin dengan rakyat.

Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda berkata, program dalam suasana penuh mesra itu turut menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat setempat dengan pengagihan bakul makanan.

“Melalui ziarah kasih, ia memberi peluang kepada pihak penganjur mendengar sendiri cabaran dan keperluan mereka.

“Pendekatan ini menjadikan sumbangan lebih bermakna kerana ia disampaikan bersama rasa empati dan kesedaran,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Menurutnya, program seperti itu penting untuk memastikan golongan memerlukan tidak terpinggir terutama ketika berdepan kos sara hidup yang semakin mencabar.

“Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan semangat kebersamaan kita, tetapi juga memperlihatkan kekuatan sikap keprihatinan serta komitmen bersama dalam membina masyarakat yang lebih sejahtera.

“Ini kerana, sokongan moral dan perhatian sama penting dengan bantuan material,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap Program Ziarah Kasih dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk bersama-sama menghulurkan bantuan dan menyemai budaya prihatin demi kesejahteraan bersama.

Related Posts

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis