Warga emas rugi RM46,000 lepas ikut ‘pegawai kerajaan’ urus bantuan

KUANTAN – Seorang wanita warga emas berusia 70-an dilaporkan hilang lebih 24 jam sebelum ditemui semula dalam keadaan selamat di Rawang, Selangor.

Kehilangan ‘misteri’ itu turut mengakibatkan wang simpanan dalam dua akaun bank milik mangsa berjumlah RM46,000 lesap.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian pada 3 September lalu bermula selepas mangsa dipengaruhi individu tidak dikenali yang mendakwa mahu menguruskan bantuan kerajaan untuk warga emas.

“Suspek meyakinkan mangsa supaya membawa buku bank dan dokumen berkaitan serta membawanya ke Rawang sebelum berlaku pengeluaran wang di dua bank.

“Anak mangsa menemui ibunya pada keesokan pagi dalam keadaan selamat, namun mendapati semua wang dalam akaun telah hilang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Yahaya memaklumkan, laporan polis dibuat di Balai Polis Rawang dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Kes ini dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh,” katanya.

Tambahnya, modus operandi suspek adalah dengan menyasarkan golongan warga emas sebelum mengiringi mereka membuat pengeluaran wang di bank.

Jelasnya, siasatan awal juga mendapati terdapat kes lain di Selangor dengan modus operandi sama yang dipercayai dilakukan suspek sama.

“Kita nasihatkan keluarga supaya sentiasa memantau pergerakan ibu bapa atau saudara-mara warga emas kerana kumpulan ini memang menjadikan mereka sebagai sasaran,” katanya.

Related Posts

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

KUCHING – Seorang lelaki warga tempatan berusia 62 tahun mengalami kerugian sebanyak RM161,400 akibat ditipu dalam urusan tawaran tender pembekalan stesen jana kuasa mudah alih secara atas talian.   Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

KABONG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyalurkan 900 karton air minuman botol kepada penduduk Kampung Sungai Pala yang terjejas akibat musim kemarau, pada Khamis. Penghantaran fasa kedua dijangka menyusul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled