Harimau Malaya menang 1-0 atasi Palestin

JARINGAN Joao Figueiredo pada awal permainan membantu Harimau Malaya menamatkan penantian 24 tahun untuk menewaskan Palestin.

Kemenangan 1-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi menjadi detik bersejarah kepada skuad negara.

Kali terakhir Harimau Malaya menewaskan Palestin adalah ketika menang 4-3 dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada Mac 2001.

Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski tidak menurunkan tonggak utama seperti Jon Irazabal, Stuart Wilkin, Endrick Dos Santos dan Corbin Ong pada perlawanan malam tadi.

Skuad Harimau Malaya berada di depan ketika perlawanan baru memasuki minit ketiga selepas Figueiredo menyudahkan hantaran lintang Quentin Cheng.

Skuad Palestin kendalian Ehad Abujazar berusaha menyusun strategi bagi mencari memburu gol penyamaan namun kekentalan benteng pertahanan negara sukar ditembusi.

Harimau Malaya hampir menambah jaringan pada minit ke-22 apabila Shahrul melepaskan rembatan leret hingga memaksa penjaga gawang Palestin, Rami merebahkan badan bagi menyelamat bola.

Arif Aiman Hanapi yang menjadi pencetus gol pertama Harimau Malaya hampir mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-27, namun dia hanya merembat bola lemah ke arah gol Palestin.

Kedudukan 1-0 itu kekal hingga tamat perlawanan.

Related Posts

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

PENGURUS Chelsea, Xabi Alonso berharap pasukannya mampu mempamerkan aksi ‘membosankan’ selepas kelemahan di benteng pertahanan sekali lagi menghukum The Blues apabila sekadar seri 2-2 dengan Hull City di Stamford Bridge,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

TAWAU – Kerajaan kini mempunyai pelan tindakan bagi menghadapi kemungkinan sekiranya berlaku kejadian jerebu pada penganjuran Sukan SEA akan datang. Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Mordi Anak Bimol berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia