Kerajaan perketat kawalan keselamatan fasiliti LNG di Bintulu

BINTULU – Kerajaan mengambil langkah proaktif bagi menjamin keselamatan fasiliti Liquefied Natural Gas (LNG) di Bintulu, Sarawak selepas menerima makluman berhubung ancaman keselamatan terhadap kemudahan tenaga itu.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataannya memaklumkan semua fasiliti LNG di kawasan berkenaan diarahkan untuk memperketatkan kawalan keselamatan dengan serta-merta.

“Langkah segera ini bagi membolehkan pihak keselamatan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung ancaman tersebut, sekali gus memastikan operasi fasiliti strategik negara terus berjalan tanpa gangguan.

MKN turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat. 

“Sebarang perkembangan lanjut mengenai situasi ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Agensi keselamatan negara sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dan telah melaksanakan kawalan ketat bagi mengekang sebarang risiko,” kata kenyataan itu 

Related Posts

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

MUKAH – Keunikan seni budaya bertindak sebagai ejen penyatuan apabila lebih 500 pengunjung pelbagai latar belakang membanjiri Dewan Suarah Mukah bagi menjayakan Pesta Tarian Naga dan Tarian Singa 2026. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

TATAU – Program Hasrat MADANI 2026 berkonsepkan gotong-royong anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sarawak berjaya menceriakan persekitaran Gereja St Peter pada Sabtu. Program melibatkan komuniti sekitar Parlimen Selangau itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

Asyraf Wajdi biadab, perlu minta ampun kepada Yang di- Pertuan Besar NS – Aminuddin

Asyraf Wajdi biadab, perlu minta ampun kepada Yang di- Pertuan Besar NS – Aminuddin

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara