Hanif Ghulam dilantik CEO baharu Affin Hwang Investment Bank

KUALA LUMPUR – Affin Group mengumumkan pelantikan Hanif Ghulam Mohammed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Affin Hwang Investment Bank Berhad, berkuat kuasa 9 September, hari ini.

Hanif yang memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam sektor perbankan, khususnya bidang Perbendaharaan, sebelum ini menyandang jawatan Pengarah Eksekutif Kumpulan Perbendaharaan di Affin Bank Berhad sejak Disember 2021.

Beliau turut pernah berkhidmat sebagai Ketua Wilayah Perbendaharaan Islam dan Pengarah Pendapatan Tetap, memperlihatkan kepakaran mendalam dalam pasaran modal hutang serta kewangan Islam.

Selain kerjaya korporat, Hanif juga memainkan peranan penting dalam landskap kewangan negara dengan menjadi ahli Jawatankuasa Pasaran Kewangan Bank Negara Malaysia serta Pengerusi Subjawatankuasa Pasaran Kewangan Islam. Pelantikan beliau dilihat sebagai langkah strategik seiring hasrat Affin Hwang Investment Bank untuk memacu inovasi, mengukuhkan kedudukan pasaran serta memberi nilai jangka panjang kepada pelanggan dan pemegang saham selaras dengan Pelan Strategik AX28.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, pelantikan itu menunjukkan komitmen Affin Hwang Investment Bank untuk terus berkembang dan cemerlang dalam dunia perbankan pelaburan yang kian mencabar.

“Rekod pencapaian Hanif, pengetahuan mendalam mengenai pasaran modal hutang, kepakaran perbendaharaan dan kepimpinan beliau dalam memperkukuh pasaran kewangan Islam negara meletakkan beliau pada posisi terbaik untuk menerajui bank pelaburan kami,” katanya.

Hanif berkelulusan Ijazah Sains Ekonomi dan Pengurusan dari University of London, London School of Economics, serta memiliki Sijil Profesional Kewangan Islam dari INCEIF. Gabungan latar akademik dan pengalaman luas itu diyakini mampu memperkukuh usaha Affin Group mengembangkan pendapatan bukan berasaskan faedah dan meneroka peluang baharu di dalam serta luar negara.

Lembaga Pengarah dan pengurusan Affin Group menyambut baik pelantikan Hanif serta menzahirkan keyakinan bahawa beliau akan membawa bank pelaburan itu ke fasa pertumbuhan seterusnya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan