Graduan TVET wajar dapat gaji premium

PUTRAJAYA – Kerajaan mahu graduan lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan saja memenuhi keperluan industri, malah menikmati gaji premium setaraf dengan kepakaran mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan adanya tenaga kerja mahir tempatan, pelaburan langsung asing ke Malaysia tidak perlu membawa pekerja dari negara asal mereka atau dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja berkemahiran.

Pengerusi Majlis TVET Negara itu berkata, jumlah pelajar yang sedang mengikuti pengajian di institusi TVET mencecah 436,000 orang, meningkat berbanding 407,000 orang tahun sebelumnya.

Katanya, pada Sesi Perbincangan Meja Bulat bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang diadakan hari ini, beberapa keputusan diambil supaya semua syarikat dapat menyatakan bidang kemahiran diperlukan mengikut guna tenaga atau tenaga pekerjaan.

Menurutnya, sesi itu juga memutuskan agar kursus yang diadakan mendapat pengiktirafan daripada badan berkelayakan.

“Kita juga memutuskan supaya tindakan susulan dilakukan, termasuk mengemukakan program TVET dalam kalangan banduan dan penagih untuk diadakan kursus khas buat mereka agar mereka juga menjadi tenaga berkemahiran dalam bidang tertentu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Sesi itu diadakan susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Julai 2025 yang bersetuju agar GLC dan GLIC memainkan peranan lebih aktif dalam memberi peluang latihan kepada pelajar TVET.

Langkah itu amat penting untuk membolehkan TVET di Malaysia beralih daripada model dipacu oleh kerajaan, kepada model yang dipacu industri.

Sekretariat Majlis TVET Negara percaya bahawa kejayaan TVET hanya boleh dicapai melalui kerjasama erat antara kerajaan, industri dan institusi latihan.

Dengan semangat kerjasama itu, Malaysia mampu melahirkan tenaga kerja cekap, inovatif dan bersedia meneroka peluang baharu, sekali gus merealisasikan aspirasi Dasar TVET Negara 2030 serta menjadikan Malaysia sebuah negara maju, inklusif dan berdaya tahan.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan