Pearly-Thinaah setaraf beregu utama dunia

BEBERAPA siri kekalahan di pentas final tidak boleh dijadikan kayu ukur sebenar kemampuan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah.

Ini termasuklah kualiti dimiliki mereka berbanding gandingan nombor satu dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning.

Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak menegaskan, meskipun anak buahnya itu tewas dalam beberapa aksi final – termasuk di Kejohanan Dunia di Paris – dia percaya jurang dengan gandingan China itu makin mengecil.

Rosman berkata, situasi sebelum dan ketika perlawanan yang kerap berubah memerlukan analisis dan perancangan rapi dilakukan, sebagai persiapan menghadapi situasi sebenar dalam gelanggang yang memerlukan pemain membuat penyesuaian taktikal segera.

“Memang sebelum perlawanan dengan semasa perlawanan itu banyak perbezaannya.

“Jadi sebelum perlawanan kita kumpulkan semua fakta, kita kaji apa yang kita kurang dan apa kekuatan lawan.

“Tetapi dalam perlawanan, keadaan sentiasa berubah. Ini disebabkan prestasi pemain berubah, prestasi lawan juga berubah, dan taktikal lawan pun berubah.

“Jadi, taktikal permainan semasa itu sangat penting,” kata Rosman ketika ditemui Berita Harian.

Mengulas lanjut, Rosman mengakui persaingan dalam acara beregu wanita ketika ini cukup terbuka yang menyaksikan mana-mana pasangan dalam kelompok 10 terbaik dunia mampu menewaskan antara satu sama lain.

Katanya, apa yang menjadi kelebihan buat Pearly-Thinaah adalah komitmen dan usaha berterusan mereka untuk sentiasa memperbaiki setiap kelemahan dalam permainan.

“Dari segi latihan dan aspek lain, mereka sangat mengutamakan perkara itu. Keinginan mereka untuk menang sangat tinggi, mereka tidak mahu mengalah dan sentiasa mencari bermacam-macam solusi.

“Itu sangat penting kerana kita mengharungi tempoh kejohanan yang panjang dengan kalendar yang padat,” kata Rosman.

Naib juara dunia, Pearly-Thinaah akan memulakan kempen Terbuka Hong Hong, esok menentang beregu Taiwan, Chang Ching Hui-Yang Ching Tun.

Related Posts

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

MOHAMAD Aniq Kasdan menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas muncul juara kategori 60 kilogram (kg), lewat petang tadi. Atlet berusia 24 tahun itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

SKUAD Harimau Malaya membuka kempen Piala ASEAN 2026 dengan langkah kanan selepas menumbangkan Myanmar 2-1 pada aksi pertama Kumpulan B di Stadium Thuwunna, malam tadi. Kebangkitan pada babak kedua jelas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu