Gerakan koperasi pemangkin ekonomi setempat

KUANTAN – Pengurusan yang baik dalam koperasi menjamin perkembangan ekonomi yang mampan dan memberi keuntungan kepada ahli serta penduduk setempat.

Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, ahli setiap koperasi mendapat manfaat apabila koperasi diuruskan dengan cemerlang.

“Saya menekankan kepentingan peranan koperasi sebagai penggerak dan pemangkin ekonomi setempat.

“Semua ini dapat dilaksanakan dengan teratur apabila setiap pihak bersemangat dan mengekalkan perpaduan dalam bab pengurusan koperasi itu,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-40 Koperasi Pekebun Kecil Daerah Bentong.

Mesyuarat itu diadakan di Dewan Serbaguna FELDA Kampung Sertik, dekat Bentong, pagi tadi.

Amizar turut menegaskan bahawa melalui tadbir urus cekap, koperasi bukan sahaja mampu berdaya tahan, tapi memberi banyak manfaat kepada ahli.

Katanya, keupayaan koperasi seperti Koperasi Pekebun Kecil Bentong ini bukan hanya menyumbang kepada kemakmuran ekonomi setempat, tapi juga mampu meningkatkan pendapatan negeri secara tidak langsung.

Related Posts

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

SANDAKAN – Isu anjing liar yang semakin membimbangkan di kawasan bandar, kampung dan taman perumahan perlu diberi perhatian serius dan tindakan bagi memastikan keselamatan masyarakat terus terjamin. Ketua Cabang Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

TAWAU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tawau tampil dengan inisiatif prihatin menerusi penganjuran Program Belia Ride and Care menerusi pemberian bantuan minyak hitam bagi meringankan beban kos penyelenggaraan motosikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

Salah sah sertai Trabzonspor

Salah sah sertai Trabzonspor

MAIS kekal rekod audit bersih 20 tahun, dakwaan salah urus dana tidak berasas

MAIS kekal rekod audit bersih 20 tahun, dakwaan salah urus dana tidak berasas

Kemerdekaan sebenar dituntut melalui keharmonian dan perpaduan utuh

Kemerdekaan sebenar dituntut melalui keharmonian dan perpaduan utuh

PM arah siasatan segera tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

PM arah siasatan segera tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik