Kebun komuniti mampu jayakan agenda keterjaminan makanan

KUANTAN – Tiga kebun komuniti dari Parlimen Kuantan mengambil bahagian dalam Bengkel Pertanian Lestari Pantai Timur di D’Mentangau Agro Farm, Kuala Dungun, Terengganu, awal bulan lalu.

Bengkel ini bertujuan melatih komuniti tempatan dalam kaedah pertanian mampan, sekali gus mengelakkan penggunaan bahan kimia berbahaya.

Inisiatif kebun komuniti ini adalah sebahagian daripada program Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia untuk Mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM-SDG) sejak tahun 2023.

Koordinator Kebun Komuniti Pantai Timur APPGM-SDG, Fakhrul Anuar Zulkawi berkata, sebanyak 10 kebun komuniti diusahakan dalam kawasan Parlimen Kuantan bagi meningkatkan aktiviti pertanian dan keterjaminan makanan di peringkat akar umbi.

“Bengkel ini penting bagi mendedahkan peserta kepada kaedah kawalan penyakit tanpa racun kimia, penyediaan baja kompos dan penggunaan baja Effective Microorganism (EM).

“Sebelum ini, kebanyakan kebun komuniti di Kuantan masih menggunakan baja dan racun kimia.

“Bengkel ini memberikan impak positif yang besar, membolehkan kami mengusahakan pertanian dengan lebih lestari tanpa merosakkan ekosistem dan tanah,” katanya.

Bengkel anjuran bersama ABIM Terengganu itu juga berfungsi sebagai platform untuk peserta berkongsi pengalaman dalam mengusahakan kebun masing-masing.

Antara hasil pertanianvdiusahakan termasuk cili, pelbagai jenis sayuran secara fertigasi, tebu, dan rumput napier.

Selain itu, kebun ini turut terlibat dalam aktiviti penternakan, seperti ayam kampung kacukan, itik dan ikan keli.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM