Pekerja farmasi cedera disamun, lelaki bersenjata ditahan

KOTA KINABALU – Seorang pekerja farmasi di Jalan Gaya, cedera di tapak tangan kanan selepas disamun seorang lelaki bersenjata pisau dalam kejadian pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Polis (ACP), Kasim Muda berkata, kejadian kira-kira pukul 4.41 petang itu, suspek yang berusia belasan tahun masuk ke premis berkenaan sambil mengacukan pisau dan mengarahkan mangsa membuka mesin wang tunai.

“Mangsa bagaimanapun cuba melawan sehingga berlaku pergelutan yang menyebabkan kecederaan di tangannya.

“Suspek berjaya ditahan di lokasi kejadian oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Ahad.

Katanya lagi, semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan air kencing juga negatif.

Tambah Kasim, kes kini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata sehingga menyebabkan kecederaan.

“Saya merakamkan penghargaan kepada orang awam yang membantu menahan suspek.

“Orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati serta segera menghubungi polis sekiranya berdepan dengan kejadian jenayah,” ujarnya.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills