Lima dekad dalam kewartawanan, Ismail Lamo terima inisiatif Tabung Kasih@HAWANA

TAWAU – Seorang pengamal media veteran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Ismail Lamo, 67, menerima sumbangan melalui inisiatif Tabung Kasih@HAWANA, pada Ahad.

Sumbangan itu disampaikan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam kunjungannya di kediaman Ismail di Jalan Air Panas, di sini.

Menurut Fahmi, rekod perkhidmatan Ismail sejak 1979 dilihat sangat membanggakan sebagai seorang pengamal media veteran.

“Bagi saya sangat-sangat membanggakan dan sudah pasti bagi golongan pelapis mereka yang baru masuk bidang kewartawanan, mungkin apa yang telah dialami, dilalui oleh Ismail ini boleh menjadi pengajaran dan teladan.

“Terutama bila menyingkap kisah-kisah bersejarah termasuk melibatkan kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan beberapa insiden bersejarah yang lain yang beliau telah saksikan.

“Saya doakan Ismail terus sihat dan terus dapat berbakti kepada dunia kewartawanan dalam negara kita,” katanya kepada media selepas menyampaikan Tabung Kasih@HAWANA di Tawau.

Penerima Kasih@HAWANA ke-29 di Sabah itu
menghidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis selain perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Tawau setiap enam bulan.

Hingga kini, seramai 494 pengamal media di seluruh negara telah menerima manfaat
daripada Tabung Kasih@HAWANA.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu