Anwar hulur sumbangan untuk veteran ATM sakit saraf

KUANTAN – Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghulurkan sumbangan kepada seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Rawi Hussin, yang menghidap menyakit saraf.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, yang menziarahi Mohd Rawi di kediamannya di Taman Balok Pantai, dekat sini, hari ini.

Ahmad Farhan berkata, sumbangan wang tunai dan bakul makanan diberi kepada Mohd Rawi sebagai tanda kasih dan penghargaan walaupun jasa dan pengorbanan beliau jauh lebih besar.

“Saat kami tiba di kediamannya, pakcik Mohd Rawi Hussin tidak dapat menahan sebak. Air matanya terus mengalir sebaik kami menyapa.

“Beliau seorang veteran ATM yang menghidap penyakit saraf, namun kekal sabar dan tabah menghadapi kehidupan sehari-hari.

“Hari Malaysia bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tetapi juga ruang untuk kita mengenang jasa pejuang bangsa.

“Pakcik Rawi adalah antara wira itu yang pernah berkorban demi tanah air, membolehkan kita hari ini hidup dalam suasana aman dan merdeka,” katanya menerusi hantaran di Facebook yang dikongsi Perdana Menteri.

Related Posts

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

DARO – Penyiapan sambungan akhir Jambatan Batang Paloh menjadi detik bersejarah yang disifatkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol ibarat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

MIRI – Penyediaan peluang pekerjaan berkualiti, pemilikan perumahan mampu milik, serta pembangunan kemahiran dan keusahawanan merupakan antara perkara utama yang diharap diberi penekanan dalam Belanjawan Sarawak 2027 bagi memenuhi keperluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah