PRN17 Sabah pesta demokrasi membina negara bangsa – KP JKOM

PILIHAN Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah merupakan pesta demokrasi yang penting dalam usaha membina negara bangsa berasaskan kepelbagaian, kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Menurut beliau, sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963 melalui Perjanjian Malaysia (MA63), cabaran terbesar negara adalah menguruskan kepelbagaian masyarakat dalam semangat persekutuan.

“Persekutuan Malaysia bukan dibentuk sekadar percaturan politik, tetapi ia menjadi platform yang menyatukan,” katanya dalam program Podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Ismail menegaskan, selepas 68 tahun merdeka, terdapat dua cabaran utama dalam proses membina negara bangsa.

Pertama, kebimbangan bahawa proses demokrasi boleh mencetuskan perpecahan akibat perbezaan politik.

Kedua, wujud defisit kepercayaan terhadap kepimpinan negara selepas 2018.

“Defisit keyakinan ini telah menjejaskan kepercayaan rakyat, bukan sahaja terhadap kepimpinan, malah terhadap aspek tata kelola negara,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, PRN17 menjadi unik kerana ia memperlihatkan peranan rakyat Sabah sebagai penentu hala tuju baharu, khususnya melalui suara generasi muda yang membawa aspirasi masa depan.

“Apabila kita menyebut Malaysia MADANI, kita sebenarnya bercakap tentang masa hadapan, tentang impian negara bangsa yang harmoni dan bersatu dalam kepelbagaian,” katanya.

Ismail optimis bahawa profil dan demografi pengundi Sabah akan membawa dinamika baharu dalam menentukan keputusan PRN kali ini.

“Generasi muda ialah suara masa depan. Mereka perlu tampil membawa pandangan serta aspirasi dalam pesta demokrasi ini, kerana inilah kunci kepada kelangsungan pembinaan negara bangsa,” katanya.

Related Posts

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi memperkasa penggunaan dan pembelian produk tempatan sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan gerakan Jom Malaysia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI