Mahkamah Singapura tolak tangguh hukuman mati warga Malaysia

SINGAPURA – Mahkamah Rayuan Singapura semalam menolak permohonan banduan warga Malaysia yang dijatuhi hukuman mati, Pannir Selvam Pranthaman untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu keputusan prosiding tatatertib berhubung aduannya kepada Persatuan Undang-Undang Singapura terhadap bekas peguamnya.

Dalam pendengaran awal permohonan pascarayuan, mahkamah menyatakan bahawa permohonan penangguhan hukuman itu pada asasnya bergantung kepada prinsip bahawa dasar Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mengenai penjadualan hukuman mati mesti dilaksanakan secara sama rata kepada semua.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Sundaresh Menon menyatakan dalam penghakiman mereka bahawa mahkamah mempertimbangkan sama ada MHA telah mengubah dasarnya secara tidak sah dan dalam apa jua keadaan, sama ada perbezaan dasar MHA antara prosiding dibawa oleh ‘Negara dan bukan oleh Negara’ adalah menyalahi undang-undang.

Mahkamah menyatakan bahawa negara berhak mengubah dasarnya selagi perubahan itu tidak terbukti sebagai tidak sah berdasarkan alasan perundangan tertentu.

“Oleh itu, dalam kes ini, masih menjadi tanggungjawab pemohon untuk membuktikan bahawa perubahan dasar MHA itu tidak sah.

“Pada pandangan kami, dia tidak berjaya tidak berjaya berbuat demikian,” menurut penghakiman itu.

Selain itu, mahkamah menyatakan bahawa walaupun MHA mengubah dasar mengenai penjadualan hukuman mati, pemohon gagal mengenal pasti sebarang asas untuk mencabar kesahan perubahan berkenaan.

Mahkamah juga menolak hujahan Pannir Selvam bahawa perbezaan dasar MHA menyebabkan layanan berbeza terhadap banduan yang menunggu pelaksanaan hukuman mati (PACP), bergantung sama ada keterangan mereka diperlukan dalam prosiding yang dibawa oleh pihak ‘Negara atau bukan Negara’.

“Pertama sekali, kami tekankan bahawa PACP ialah individu yang telah dijatuhi hukuman mati mengikut undang-undang dan sabitan serta hukuman mereka dikekalkan Mahkamah Rayuan selepas rayuan atau semakan,” kata penghakiman itu lagi menurut laporan Bernama.

Mahkamah memutuskan bahawa perbezaan dasar MHA antara prosiding yang dibawa oleh ‘negara dan bukan negara’ bukanlah sesuatu yang menyalahi undang-undang, sama ada kerana melanggar Perkara 12(1) Perlembagaan, mahupun kerana bersifat tidak munasabah atau tidak rasional.

Mahkamah turut mengambil maklum bahawa alasan kedua permohonan pascarayuan Pannir Selvam dalam kes hukuman mati (permohonan PACP) berhubung prosiding dibawa oleh empat banduan lain kini tidak lagi relevan setelah mahkamah menolak kes itu.

Pannir Selvam disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 2 Mei 2017 atas kesalahan membawa masuk tidak kurang daripada 51.84 gram diamorfin ke Singapura dan dijatuhi hukuman mati mandatori.

Rayuannya ditolak Mahkamah Rayuan pada 9 Februari 2018, manakala petisyen pengampunannya kepada Presiden Singapura turut ditolak.

Related Posts

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

LABUAN – Wartawan Asia Times, Adam Kong Jeng Li, 38, yang memerlukan kaki palsu baharu bagi menggantikan alat sedia ada yang semakin uzur, menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA X TM, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar pendidikan percuma terus ditambah baik, pelaksanaan secara berperingkat – Adam Adli

USAHA menyediakan pendidikan percuma telah dilaksanakan secara berperingkat termasuk melalui pelupusan hutang masa depan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan garis kemiskinan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun