RUU PSB: Pembangkang hipokrit, rakyat jadi mangsa

PEMBANGKANG kini nampaknya semakin terdesak dan ketandusan modal.

Bila Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) dibentangkan, ia bukan lagi soal membina negara, tetapi sekadar bahan propaganda murahan untuk menakutkan rakyat.

Menurut kenyataan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu bahawa sebelum ini Exco negeri PN telah dijemput hadir ke mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) iaitu forum tertinggi untuk bincang isu perumahan dan bandar usang.

Difahamkan semasa mesyuarat itu mereka diam membisu dan tiada sebarang bantahan.

Apabila keluar sahaja dari pintu bilik mesyuarat, terus jadi seperti singa lapar mikrofon iaitu melaung kononnya mahu membela rakyat.

Ini bukan keberanian, ini jelas menunjukkan kepura-puraan.

RUU PSB jelas melindungi tanah rizab, tanah wakaf, dan hak pemilik asal.

Malah, menteri sendiri tegaskan tiada pemilik yang akan hilang hak kediaman, malah mereka diberi penempatan sementara sepanjang projek dijalankan.

Bagaimanapun pembangkang sengaja memutar cerita, menuduh seolah-olah kerajaan mahu merampas tanah Melayu dan mengkayakan pemaju. Fitnah sebegini hanyalah racun politik.

Lebih lucu, negeri di bawah PN sendiri hantar cadangan iaitu Terengganu di 22 lokasi, Kedah pula 50 lokasi.

Kalau betul bahaya, mengapa mereka begitu ghairah mahu terlibat?

Jawapannya mudah iaitu di negeri sendiri mereka akui pentingnya pembaharuan bandar, tapi di Parlimen mereka pura-pura marah demi tepukan penyokong. Hipokrasi tahap maksimum.

Kerajaan bukan saja merancang pembangunan semula, tetapi menaik taraf kehidupan rakyat. Dari rumah sempit 500 kaki persegi dengan satu bilik tidur, rakyat akan berpindah ke rumah baru 750 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Itulah dikatakan reformasi sebenar iaitu membina kehidupan, bukan sekadar bangunan. Sifat manusiawi ini lahir daripada pendekatan MADANI, bukan kerakusan kapitalis seperti dituduh pembangkang.

Sementara pembangkang sibuk menjaja slogan jihad, drama murahan, dan jeritan pentas, kerajaan tampil dengan fakta, polisi, dan pelan perlaksanaan.

Rakyat dapat jaminan penempatan sementara, hak pemilikan tidak digadai, malah taraf hidup dijanjikan lebih baik.

Pembangkang boleh menipu penyokong tegar mereka, tetapi rakyat Malaysia tidak sebodoh yang mereka sangka.

Pembangkang hari ini bukan sekadar lemah, malah berbahaya. Mereka membawa racun politik yang boleh membawa negara huru-hara.

Bagaimanapun rakyat Malaysia kini semakin bijak. Mereka tahu beza antara sandiwara politik pembangkang dengan reformasi tulen kerajaan.

Satu berjanji dengan fitnah, satu lagi berjanji membina masa depan dengan fakta dan kenyataan.

Related Posts

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

KUALA LUMPUR – Laporan interim yang merangkumi hasil kajian dan cadangan penambahbaikan hala tuju strategik Kumpulan FELDA akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hujung bulan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

KUALA LUMPUR – Penjualan dadah sintetik berbahaya dikesan menggunakan istilah berkod dan akaun palsu, bagi mengaburi pihak berkuasa serta mengelak dikesan penyedia platform e-dagang. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad klinik lama imbau kenangan bekas pesakit terhadap mendiang Alexson Adit

Kad klinik lama imbau kenangan bekas pesakit terhadap mendiang Alexson Adit

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

  • By Fandi
  • September 11, 2026
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan