Peguam keluarga Zara ingatkan orang ramai hati-hati keluarkan sebarang ulasan

KOTA KINABALU – Pasukan peguam yang mewakili keluarga arwah Zara Qairina mengingatkan masyarakat agar berwaspada dalam membuat sebarang ulasan berhubung prosiding inkues sama ada di alam maya mahupun di luar.

Peguam yang mewakili ibu arwah Zara Qairina, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, sebarang liputan tanpa maklumat sahih daripada pihak peguam boleh mencetuskan pelbagai reaksi emosi, khususnya kepada keluarga yang sedang berdepan kehilangan.

“Perlu diingat, ini seorang ibu dan ayah yang kehilangan anak perempuan. 

“Sokongan orang ramai amat dihargai, namun dalam menyampaikan pandangan, sama ada positif atau negatif, kita perlu berhati-hati kerana ia melibatkan kehilangan nyawa,” katanya dalam sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pada Khamis.

Jelasnya, tujuan liputan inkues adalah untuk mencari kebenaran mengenai keadaan yang membawa kepada kematian.

Mengulas kehadiran ibu arwah Zara Qairina di mahkamah, peguam berkenaan memaklumkan pihaknya tidak memaksa klien untuk hadir setiap hari sepanjang prosiding.

“Peranan kami adalah memperkenalkan beliau sebagai klien, namun dalam masa sama memberi ruang secukupnya untuk beliau menguruskan kehidupan dan menghadapi perasaan yang datang setiap hari sepanjang inkues berlangsung,” katanya.

Katanya lagi, ibu arwah akan hadir hanya apabila benar-benar bersedia bagi memastikan dia dapat melalui prosiding dengan tenang tanpa tekanan.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar