Inkues Zara Qairina perlu himpun pandangan pelbagai pakar

KOTA KINABALU – Prosiding inkues kematian pelajar, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir tidak boleh hanya bergantung kepada laporan forensik semata-mata, sebaliknya mahkamah perlu meneliti daripada pelbagai sudut kepakaran bagi mendapatkan gambaran sebenar punca kematian.

Peguam yang mewakili ibu arwah Zara Qairina, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, keperluan itu menerusi sesi soal jawab bersama saksi pertama, Pakar Forensik Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE) Dr. Jessie Hiu, yang keterangannya selesai direkodkan pada Khamis.

Jelasnya, selain daripada aspek bedah siasat post-mortem, kaedah bagaimana mangsa meninggal dunia perlu dilihat melalui bidang yang sangat khusus iaitu biomekanik.

“Kepakaran dalam bidang biomekanik penting bagi membantu Mahkamah Koroner mendapatkan pemahaman lebih terperinci tentang daya dan mekanisme yang berlaku sehingga membawa kepada kematian mangsa.

“Keterangan Dr. Jessie adalah berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas arwah serta lawatan beliau ke lokasi sekolah pada 2 Ogos lalu,” katanya dalam sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pada Khamis

Tambah Syarulnizam, sesi soal jawab lanjut oleh pasukan guaman keluarga ditangguhkan sementara menunggu dokumen rekod perubatan yang masih belum diserahkan sepenuhnya.

“Pasukan peguam juga menantikan sesi lawatan tapak yang dijadualkan berlangsung pada 11 September depan bersama semua pihak berkepentingan,” jelasnya.

Dalam pada itu, minggu depan saksi daripada Jabatan Kimia termasuk pakar pemeriksa dokumen dijangka tampil, selain dua lagi saksi perubatan yang akan dipanggil memberi keterangan.

“Kami percaya semua keterangan ini akan membantu mahkamah memahami punca sebenar kematian arwah,” katanya.

Related Posts

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan