Protes ganas Indonesia ragut 10 nyawa

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam protes ganas di Indonesia, minggu lalu.

Perkara itu dimaklumkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Komnas HAM).

Protes tercetus akibat ketidakadilan ekonomi dan kemewahan wakil rakyat, sebelum merebak kepada kemarahan orang ramai terhadap polis susulan rakaman pembunuhan seorang pemandu muda oleh pihak berkuasa keselamatan.

Ketua Komnas HAM, Anis Hidayah berkata, pihaknya menerima laporan 10 kematian di Jakarta, Makassar, Jawa Tengah dan Papua, dengan lebih 900 cedera serta ribuan ditahan.

“Ada indikasi sebahagian mangsa akibat penggunaan kekerasan berlebihan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Badan bukan kerajaan termasuk Yayasan Lembaga Bantuan Hukum Indonesia dan Amnesty International turut mengesahkan angka korban sama, manakala KontraS melaporkan sekurang-kurangnya 20 masih hilang.

Pertempuran jalanan itu adalah yang terburuk sejak Presiden Prabowo Subianto mengambil alih kuasa tahun lalu, memaksanya menarik balik skim elaun mewah untuk ahli parlimen.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa siasatan bebas dijalankan segera terhadap dakwaan pencabulan hak asasi.

Related Posts

Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza
  • SitiSiti
  • August 25, 2026

REJIM Israel mengorbankan lebih 21,500 kanak-kanak Palestin serta menyasarkan 1,244 daripada keseluruhan 1,275 masjid di Semenanjung Gaza sejak peperangan meletus pada Oktober 2023, menurut kenyataan Pejabat Media Kerajaan Gaza pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat