Imigresen tumpaskan sindiket warga asing palsukan dokumen Fomema

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) berjaya menahan dua lelaki warga Bangladesh yang menjadi dalang utama sindiket pemalsuan pasport bagi Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, sindiket itu ditumpaskan hasil serbuan di dua kediaman di Jalan Jelawat dan Jalan Razak Mansion, Kuala Lumpur, pada Selasa berdasarkan risikan pasukan operasi selama tiga minggu.

Selain dua lelaki berkenaan, menurut beliau, pihaknya turut menahan tiga lagi Bangladesh disyaki ahli sindiket dan kesemua yang ditahan berusia di antara 19 hingga 41 tahun.

“Semakan mendapati, tiga yang ditahan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di bawah sektor pembinaan, seorang memiliki Pas Pelajar manakala seorang lagi tiada dokumen perjalanan sah.

“Sindiket memalsukan pasport dengan menggunakan gambar ahli sindiket dan butiran warga asing lain bagi melepasi pemeriksaan Fomema. Mereka beroperasi sejak tiga bulan lalu,” katanya pada sidang media di Setia Perkasa, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Zakaria memaklumkan, tiga yang ditahan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di bawah sektor pembinaan, seorang memiliki Pas Pelajar serta yang terakhir  tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan.

Katanya, Modus Operandi (MO) sindiket itu menawarkan khidmat pasport palsu pelbagai negara seperti Bangladesh, India, Pakistan, Myanmar, Nepal dan Indonesia untuk warga asing melepasi pemeriksaan kesihatan Fomema dengan kadar bayaran dikenakan sebanyak RM150 hingga RM250 bagi setiap naskah.

“Pasukan operasi telah menyita lapan naskah pasport Bangladesh, senaskah pasport India, tiga pasport Bangladesh disyaki palsu, empat pasport Indonesia disyaki palsu, peralatan yang digunakan untuk membuat pasport palsu.

“Ia terdiri daripada set komputer, set pencetak, muka surat pasport pelbagai negara iaitu Bangladesh, Myanmar, Pakistan, India dan Indonesia yang telah siap dicetak, serta kulit pasport pelbagai negara tersebut.

“Pada masa sama, kita turut sita kertas pelekat lutsinar, dakwat pelbagai warna, alat pemotong kertas, penebuk lubang, benang, kertas saiz A5, pengetuk, 11 unit telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM2,100.00 selain ebuah kenderaan jenis Perodua Aruz yang dipercayai digunakan oleh sindiket,” katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata, sindiket mengenakan caj antara RM150 hingga RM250 bagi setiap dokumen. Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 56(1)(i) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut.

“Kita percaya masih ada sindiket lain yang melakukan pemalsuan berkenaan dan pihak kita masih kenal pasti yang lainnya,” katanya.

Related Posts

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

AYER KEROH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan tindakan segelintir ahli PKR meninggalkan parti untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak menjejaskan kestabilan organisasi atau perjalanan parti itu. Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

GOMBAK – Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Fasa 1 yang menghubungkan Kota Bharu ke Gombak disasarkan mula beroperasi pada Disember ini, lebih awal berbanding jadual asal pada Januari 2027.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM