Pesara swasta rugi RM450,000 terjerat ‘phone scam’ di Bintulu

BINTULU – Seorang pesara swasta berusia lingkungan 60-an di Bintulu menjadi mangsa sindiket ‘phone scam’ apabila kerugian dialaminya mencecah lebih RM450,000 selepas terpedaya dengan helah suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, kejadian bermula pada pertengahan Jun 2025 ketika mangsa menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa beliau mendapat perlindungan insurans kesihatan daripada sebuah hospital swasta. 

Jelas beliau, panggilan tersebut kemudian disambungkan kepada suspek lain yang menyamar sebagai pegawai polis, mendakwa mangsa terbabit dalam kes pengubahan wang haram melibatkan seorang ahli politik.

Beberapa hari kemudian, kata beliau lagi, mangsa dihubungi pula oleh seorang wanita yang turut bersekongkol dalam sindiket tersebut. 

“Mangsa diarahkan mematuhi arahan suspek dan merahsiakan perkara itu daripada sesiapa. Akibat terpedaya, mangsa membuat beberapa transaksi wang secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan, dengan jumlah keseluruhan sekitar RM450,000,” jelas beliau lagi.

Katanya, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas membaca laporan berita berkaitan kes penipuan yang sama sebelum tampil membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

PDRM menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan mencurigakan daripada individu tidak dikenali serta membuat semakan melalui saluran rasmi seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti atau portal semakmule.rmp.gov.my sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Orang awam yang menjadi mangsa jenayah siber juga disarankan segera menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 dan memuat turun aplikasi seperti Whoscall, Investment Checker, serta Check Scammers CCID bagi mengelakkan daripada terus menjadi mangsa penipuan.

Related Posts

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

IPOH – Seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan selepas disyaki menyerang dan mengugut seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ketika mangsa menjalankan tugas mengeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1