Fahmi cadang Bersatu fokus perhimpunan agung, bukan ramal PRU

KETUA Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan Bersatu seharusnya memberi tumpuan kepada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti itu, berbanding sibuk meramal tarikh Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dan pilihan raya negeri.

“Nasihat saya kepada Bersatu, lebih baik fokus kepada perhimpunan agung mereka sendiri,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, politik dalaman Bersatu ketika ini lebih ketara berbanding ramalan pilihan raya, khususnya selepas tersebarnya surat layang yang menyerang kepemimpinan parti tersebut.

“Pemerhatian saya, politik dalaman Bersatu sangat meriah dan dinamik. Saya cadangkan mereka fokus kepada sebab mengapa surat layang sebegini disebarkan, kerana politik seperti ini tidak sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memaklumkan PAT hujung minggu ini akan memberi tumpuan penuh kepada persiapan menghadapi PRU16 yang dijangka berlangsung tahun depan.

Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu dijadual berlangsung pada 6 dan 7 September ini di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, dengan penyertaan 2,555 perwakilan daripada 202 bahagian seluruh negara.

Menjelang perhimpunan itu, surat layang yang menghentam Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dilaporkan tular dalam beberapa kumpulan WhatsApp berkaitan parti berkenaan.

Related Posts

DAP Perak teguh pendirian, kekal dalam Kerajaan Perpaduan

IPOH – DAP Perak menegaskan pendirian untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran semasa bagi memastikan kestabilan politik, meneruskan agenda reformasi serta menunaikan mandat yang diberikan rakyat. Ketetapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

PUTRAJAYA – Keputusan Tabung Haji (TH) meneruskan proses pembelian Putrajaya Perdana Bhd  pada 2014 dalam tempoh syarikat itu dikatakan masih berada di bawah kawalan Jho Low membuktikan wujudnya keraguan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Harmony Walk 2026 di Kuching Waterfront ditangguh akibat kualiti udara merosot

Harmony Walk 2026 di Kuching Waterfront ditangguh akibat kualiti udara merosot

SNDB perkasa pekebun kecil, pacu pemodenan industri sagu di Mukah

SNDB perkasa pekebun kecil, pacu pemodenan industri sagu di Mukah

MyCC perluas kerjasama antarabangsa menerusi MoU dengan HKCC

  • By Ithma
  • August 13, 2026
MyCC perluas kerjasama antarabangsa menerusi MoU dengan HKCC

Tujuh jalan utama di Kuching ditutup berperingkat sempena Harmony Walk 2026

Tujuh jalan utama di Kuching ditutup berperingkat sempena Harmony Walk 2026

KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh