Karnival Komuniti MADANI Parlimen Kuantan dapat sambutan luar biasa

KUANTAN – Jualan Rahmah Bergerak sempena Karnival Komuniti MADANI Parlimen Kuantan 2025 antara menjadi tumpuan penduduk sekitar perkampungan Sungai Isap, dekat sini.

Berlangsung di pekarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, karnival sehari itu adalah hasil inisiatif Komuniti MADANi Sungai Isap dan mendapat sokongan penuh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan pejabat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh.

Ahli Majlis MBK, Fakhrul Anuar Zulkawi selaku penyelaras program berkata, karnival itu bertujuan mendekatkan pelbagai perkhidmatan disediakan kerajaan kepada komuniti setempat.

“Kita bawakan Jualan Rahmah Bergerak untuk karnival ini bagi memudahkan penduduk mendapatkan barangan keperluan asas pada harga istimewa.

“Selain itu, pelbagai agensi turut serta dalam karnival kali ini, termasuk pejabat kesihatan daerah yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma.

“Pengagihan bakul Rahmah MADANI juga diadakan pada karnival ini dan kira-kira 200 penduduk menerima bakul makanan itu yang disampaikan oleh Dr Fuziah,” katanya.

Beliau memberitahu karnival itu menjadi platform interaktif menghubungkan rakyat dengan agensi kerajaan dan swasta, sekali gus mengukuhkan semangat perpaduan dalam komuniti.

Fuziah juga merasmikan penutup karnival itu selain menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung yang terpilih.

Sementara itu, Fuziah berkata, penganjuran karnival berkenaan adalah antara ruang terbaik untuk kerajaan menyebarkan maklumat berkaitan pelbagai inisiatif disediakan kepada rakyat.

“Kita ada wakil Tenaga Nasional Berhad dalam karnival ini yang memberi maklumat berkaitan tarif elektrik, selain itu wakil SWCorp juga ada dan mereka membawa bersama program ‘Trash to Cash’ yang membolehkan penduduk menukar ‘sampah’ kepada wang tunai.

“Untuk Jualan Rahmah, kita bawa Jualan Rahmah Bergerak ke sini dan saya lihat ia mendapat sambutan yang sangat bagus daripada pengunjung,” katanya.

Karnival itu juga menarik penyertaan pengunjung pelbagai peringkat umur dalam acara disediakan.

Antaranya pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan gubahan merdeka untuk golongan wanita.

Pemilik motosikal juga berpeluang menukar minyak hitam kenderaan mereka secara percuma sepanjang karnival berlangsung.

Related Posts

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

MUAR – Cubaan sindiket penyeludupan dadah membawa keluar pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM57 juta ke negara jiran berjaya dipatahkan apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan dua individu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing