RUU PSB ditangguh: Bukti Kerajaan MADANI teliti, bukan kerana tekanan pembangkang

KENYATAAN terbaharu oleh Ahli Parlimen Pas, Ahmad Fadhli Shaari, yang mendakwa kononnya penangguhan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) sebagai “kemenangan rakyat” jelas sekali hanyalah permainan persepsi murahan pembangkang. Hakikatnya, keputusan untuk tidak membahas atau mengundi PSB pada hari tersebut adalah sebahagian daripada proses kelaziman Parlimen yang menitikberatkan penelitian, bukan kerana kerajaan tunduk pada tekanan.

Apa yang cuba digambarkan oleh pembangkang seolah-olah kerajaan takut untuk membahas URA adalah satu lagi usaha spin politik yang dangkal. Mereka mahu mewujudkan naratif bahawa hanya kerana penangguhan, maka itu adalah hasil perjuangan mereka. Hakikatnya, Kerajaan MADANI sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat sebelum sebarang dasar atau rang undang-undang dibawa ke meja perbahasan.

Tindakan kerajaan menangguhkan perbahasan adalah demi memastikan setiap butiran diteliti dengan telus, agar tidak berlaku keputusan tergesa-gesa yang boleh merugikan rakyat. Inilah bezanya antara kerajaan yang bertanggungjawab dengan pembangkang yang hanya tahu mencari populariti segera.

Malah, dakwaan Fadhli bahawa ini adalah ‘kemenangan rakyat’ jelas tidak berasas. Jika benar mereka memperjuangkan rakyat, mengapa selama ini banyak cadangan konstruktif daripada pihak kerajaan ditolak mentah-mentah oleh pembangkang? Tindakan mereka hanyalah untuk menghalang, bukan membina.

Kerajaan MADANI akan terus memastikan setiap keputusan berpaksikan kepentingan rakyat. Rakyat tidak boleh terperangkap dengan permainan retorik pembangkang yang cuba menangguk di air keruh. Penangguhan bukan tanda kelemahan, sebaliknya bukti kematangan dan ketelitian kerajaan dalam mengurus tadbir negara.

Inilah beza antara kerajaan yang bekerja demi rakyat dengan pembangkang yang hanya pandai menjerit kononnya menang, walhal realitinya mereka hanya menang dalam ciptaan persepsi media sosial.

“Gi ke dok Parlimen Padli Saari ning? Cakap baharambang skali, malu kokram, kiter tengok live Parlimen perbahasan PSB, ni ke level wakil rakyat Pas, komang spanarlah.”

Related Posts

Onn Hafiz terperangkap dengan isu ‘bebaskan Bossku’- Norman

TINDAKAN Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat naratif kerinduan terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai langkah politik yang akhirnya memakan diri sendiri. Penganalisis politik, Norman Radzuan berkata, isu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Memahami jasa, pengorbanan merentasi 70 tahun usia FELDA

TAHUN ini genap tujuh dekad FELDA memberi bakti kepada warga peneroka di seluruh negara. Bermula di Lurah Bilut, dekat Bentong, Pahang, program tanah rancangan diperkenalkan Tun Abdul Razak itu sudah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN