Paetongtarn bukan lagi PM Thailand

BANGKOK – Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini menggugurkan Paetongtarn Shinawatra daripada jawatan Perdana Menteri selepas didapati bersalah melanggar etika, hanya setahun selepas beliau memegang tampuk kuasa.

Memetik Channel News Asia, keputusan itu memberi satu lagi tamparan hebat kepada dinasti politik Shinawatra, sekali gus dijangka mencetuskan gelombang ketidakstabilan baharu dalam landskap politik negara itu.

Paetongtarn sebelum ini digantung tugas sejak 1 Julai lalu.

Ini selepas Paetongtarn disabitkan kesalahan melanggar etika susulan pendedahan perbualan telefon bersama bekas pemimpin Kemboja, Hun Sen, ketika kedua-dua negara berada di ambang konflik bersenjata di sempadan, pada Jun lalu.

Menerusi satu kenyataan pada 1 Julai, mahkamah berkata ia menerima petisyen daripada 36 senator mendakwa Paetongtarn ‘tidak jujur dan melanggar piawaian etika’ sekali gus melanggar perlembagaan.

Semua hakim Mahkamah Perlembagaan bersetuju menerima petisyen itu dan dengan undian 7-2, memutuskan untuk menggantung tugas Paetongtarn.

Sepanjang digantung tugas, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan, Suriya Jungrungreangkit menjalankan tugas sebagai pemangku perdana menteri sementara mahkamah memutuskan status kes terhadap Paetongtarn.

Dalam perbualan telefon pada 15 Jun lalu bersama veteran politik Kemboja, Hun Sen, Paetongtarn dilaporkan membincangkan pertikaian sempadan yang sedang berlangsung.

Namun, beliau didakwa menyatakan salah faham pihak tenteranya sendiri dan merujuk seorang komander tentera Thailand yang berpangkalan di sempadan sebagai ‘pihak lawan’.

Perbualan telefon bocor itu disahkan sebagai tulen oleh Hun Sen dan Paetongtarn.

Related Posts

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

JAKARTA – Beberapa gunung berapi di Indonesia meletus pada Jumaat, dengan Gunung Ili Lewotolok paling aktif merekodkan enam letusan. Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, Ili Lewotolok di Nusa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude