Motosikal bergesel dengan pacuan empat roda, penunggang maut

PENAMPANG – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan akibat bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Pintas Penampang. 

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, dalam kejadian berlaku kemalangan kira-kira pukul 12.50 malam itu, lelaki berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah Plaza 333 menuju ke Kota Kinabalu telah bergesel dengan motosikal mangsa ketika memasuki bulatan tersebut.

“Akibat geselan itu, motosikal terbabas sejauh kira-kira 30 meter sebelum mangsa tercampak ke dalam longkang pembinaan di bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Katanya lagi, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I, untuk bedah siasat.

Tambah Sammy, pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Penampang atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan