Chelsea boleh beli Garnacho

MANCHESTER United bersetuju menjual pemain sayap Argentina, Alejandro Garnacho kepada Chelsea pada harga 40 juta pound (RM228 juta), menurut sumber terdekat kelab itu semalam.

Penjualan pemain berusia 21 tahun itu menjadi yang keempat terbesar dalam sejarah perpindahan United selepas Cristiano Ronaldo, Romelu Lukaku dan Angel di Maria.

Garnacho yang beraksi dalam 93 perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama United, antara lima pemain yang mahu meninggalkan kelab musim panas ini.

Selain pemain itu, Marcus Rashford, Antony, Tyrell Malacia dan Jadon Sancho juga mahu meninggalkan United.

Rashford menyertai Barcelona secara pinjaman sejak bulan lalu.

Pengendali Ruben Amorim mengetepikan Garnacho daripada skuad musim ini, selepas United gagal memenangi dua perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris selain dimalukan dengan penyingkiran Piala Liga menerusi penentuan penalti kepada kelab divisyen empat, Grimsby Town.

Related Posts

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

HARRY Kane meraikan penampilan ke-125 bersama England dengan dua gol ketika skuad kendalian Thomas Tuchel menewaskan Republik Czech 3-0 pada aksi Liga Negara-Negara di Wembley, awal pagi tadi. Kemenangan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

MICHAEL Olise masuk sebagai pemain gantian untuk membantu Perancis menewaskan Belgium 4-1 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi, sekali gus menghadiahkan Zinedine Zidane kemenangan pertama di laman sendiri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun