Integriti, ilmu dua elemen utama dalam laksanakan amanah – Abang Johari

KUCHING – Integriti dan ilmu dianggap kunci utama dalam memastikan setiap amanah dapat dilaksanakan dengan sempurna serta memberi manfaat kepada rakyat.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan integriti dan ilmu merupakan dua elemen utama yang mesti digabungkan dalam melaksanakan amanah.

Menurutnya, integriti tanpa ilmu tidak memberi manfaat kepada masyarakat manakala ilmu tanpa integriti pula mampu membawa kepada kehilangan etika serta nilai moral.

“Saya berbangga dengan penjawat awam Sarawak yang melaksanakan tugas dengan penuh integriti, khususnya dalam menyiapkan projek-projek besar negeri termasuk pembinaan Jambatan Batang Lupar, sekali gus membuktikan kerja dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kejujuran,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Integriti Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Khamis.

Beliau menegaskan budaya integriti perlu diperkukuh agar menjadi amalan berterusan dalam pekerjaan. Sebagai contoh, negara Sweden telah menjadikan integriti sebahagian daripada budaya masyarakat melalui sistem Ombudsman yang diperkenalkan lebih seabad lalu.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian; Speaker DUN, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasa; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar serta barisan kenamaan lain.

FOTO: Live Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Polis Negeri Sembilan mengambil langkah mempertingkat kawalan keselamatan di seluruh negeri susulan perkembangan kemelut semasa bagi memastikan keadaan kekal aman dan terkawal. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

KOTA BELUD – Generasi muda perlu memahami sejarah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia bagi memastikan kebebasan yang diwarisi terus dihargai serta dipertahankan. Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sabah dan Wilayah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih