Program penanaman benih bakau dan pelepasan benih ikan kukuhkan sektor perikanan Lawas

LAWAS – Program Penanaman Benih Bakau dan Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum bersempena Ecosystem Approach to Fisheries Management (EAFM) di Lawas terus memperkukuh komitmen pelbagai agensi dalam usaha memelihara sumber perikanan secara mampan.

Pegawai Perikanan Laut Sarawak, Affan Nasrudin Morshidi berkata, Malaysia mempunyai sistem pengurusan perikanan yang baik dan diiktiraf di peringkat ASEAN, namun cabaran seperti eksploitasi sumber, pencemaran marin serta degradasi habitat masih perlu ditangani.

“EAFM tidak dapat digerakkan oleh Jabatan Perikanan semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan agensi lain, komuniti nelayan serta masyarakat setempat,” katanya semasa berucap pada Khamis.

Beliau menjelaskan bahawa EAFM Lawas yang diwujudkan pada tahun 2013, merupakan pelan pengurusan perikanan berasaskan ekosistem pertama di Sarawak.

Ia kini menjadi model kepada pelaksanaan EAFM di Mukah dan Sematan pada tahun 2019, manakala satu lagi kawasan baharu dijangka diwujudkan di Belawai pada tahun hadapan.

Menurut rekod Jabatan, sehingga tahun 2024 terdapat 675 nelayan berdaftar di Lawas, yang beroperasi menggunakan sampan berenjin sangkut serta peralatan tradisional.

Keunikan amalan nelayan tempatan yang tidak turun ke laut pada setiap hari Jumaat turut dilihat sebagai bentuk pengurusan perikanan berasaskan komuniti.

Dalam program yang berlangsung di Hutan Simpan Kayangeran itu, sebanyak 500 batang anak pokok bakau telah ditanam dan 3,000 ekor benih ikan siakap dilepaskan ke perairan umum, selaras dengan Pelan Tindakan EAFM Lawas 2015 yang dikemas kini pada tahun 2023.Selain itu, Jabatan Perikanan Laut Sarawak turut memperkukuh usaha pemuliharaan melalui pemasangan tukun tiruan.

“Sehingga kini, sebanyak 11,420 unit tukun telah dilabuhkan di Lawas, manakala jumlah keseluruhan bagi Sarawak mencecah 202,161 unit sejak tahun 1984.

Langkah ini bukan sahaja membantu memulihkan ekosistem marin, malah menjamin kelestarian hasil laut untuk generasi akan datang,” jelasnya.

Affan menegaskan bahawa program EAFM Lawas, yang kini memasuki tahun ke-12 akan terus diperkasakan kerana terbukti menyatukan agensi kerajaan, komuniti nelayan dan masyarakat setempat dalam usaha memulihara sumber perikanan.

Related Posts

Gempa bumi Filipina: Amaran tsunami 0.4 meter di beberapa daerah timur Sabah

TAWAU – Tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 dengan kedalaman 50 kilometer yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi Filipina: Tawau, Kunak rasai gegaran selama 10 saat

TAWAU – Gegaran gempa bumi yang melanda Mindanao, Filipina pukul 7.37 pagi Isnin turut dirasai penduduk sekitar Tawau dan Kunak. Seorang staf kilang minyak kelapa sawit di Kunak, Mohd Alias…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gempa bumi Filipina: Amaran tsunami 0.4 meter di beberapa daerah timur Sabah

Gempa bumi Filipina: Amaran tsunami 0.4 meter di beberapa daerah timur Sabah

Gempa bumi Filipina: Tawau, Kunak rasai gegaran selama 10 saat

Gempa bumi Filipina: Tawau, Kunak  rasai gegaran selama 10 saat

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026