Sarawak perkukuh agenda integriti dengan MIKM, CABCOM

KUCHING – Sarawak terus memperkukuh agenda integriti negeri dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif utama termasuk pelancaran fasa akhir Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 3 serta penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet (CABCOM).

Dibangunkan sejak 2023 dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM), modul MIKM memberi fokus kepada pengurusan konflik, pencegahan rasuah di peringkat akar umbi serta pembinaan ketahanan moral dalam kalangan pemimpin masyarakat.

Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Seri Dr Muhammad Abdullah Zaidel berkata, modul tersebut dirangka untuk membekalkan pemimpin masyarakat dengan latihan praktikal dalam kepimpinan adil, pengurusan peruntukan secara bertanggungjawab dan pengendalian aduan tanpa berat sebelah.

“Misalnya, menguruskan peruntukan kecil dengan penuh akauntabiliti, mengendalikan aduan rakyat secara telus dan menjadi contoh teladan agar nilai integriti dapat dihayati oleh masyarakat,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Integriti Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Khamis.

Dalam pada itu, Muhammad Abdullah menjelaskan, penubuhan CABCOM pula bertujuan menyemak laporan kewangan serta belanjawan tahunan Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum dibentangkan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

CABCOM yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya bagi memastikan setiap cadangan mematuhi peraturan serta menegakkan prinsip akauntabiliti.

“Melalui proses ini, semua cadangan belanjawan dan perbelanjaan akan disemak secara teliti terlebih dahulu, bagi menjamin kepatuhan terhadap peraturan serta menegakkan prinsip integriti dan kebertanggungjawaban,” tegasnya.

Seiring dengan itu, Anugerah Khas CABCOM 2025 diperkenalkan buat pertama kali untuk mengiktiraf badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang cemerlang dalam pengurusan kewangan berasaskan integriti.

Foto: Live Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

KUANTAN – Seramai 20 keluarga kurang berkemampuan (B40) dari dua sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura menerima sumbangan bakul makanan dan vitamin C, pagi tadi. Pemilihan penerima sumbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

TAWAU – Penambahbaikan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) disambut baik pengguna khususnya mereka yang tinggal jauh dari bandar dan perlu menanggung penggunaan bahan api yang tinggi bagi urusan harian serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

  • By Fatin
  • September 17, 2026
BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi