PRN17 Sabah: PKR Sabah pertahan DUN Api-Api, Inanam kerusi ‘tidak boleh dikompromi’

KOTA KINABALU –  Dua kerusi strategik, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api dan Inanam disifatkan sebagai ‘tidak boleh dikompromi’ oleh PKR Sabah meskipun rundingan kerusi bersama BN dan GRS belum dimuktamadkan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, walaupun penentuan akhir jumlah dan lokasi kerusi yang akan ditandingi PKR tertakluk kepada persetujuan gabungan dalam Pakatan Harapan (PH), dua kerusi tersebut dianggap tidak boleh dikompromi dan sudah dimuktamadkan untuk ditandingi PKR pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah. 

“Api-Api dan Inanam bagi kami adalah pasti, tidak akan dilepaskan. 

“Itu sudah dimuktamadkan di peringkat dalaman. 

“Soal calon, kita akan umumkan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis perasmian Bilik Gerakan Utama, DUN Api-Api di sini, pada Ahad.

Menjawab spekulasi sama ada penyandang kerusi DUN Api-Api akan digugurkan disebabkan tidak hadir bersama dalam majlis tersebut, Mustapha berkata, ketiadaan beliau dalam majlis hari ini bukanlah petanda sedemikian.

“Beliau tidak dapat hadir kerana komitmen sebagai Menteri. Namanya masih dalam senarai calon yang dipertimbangkan. 

“Keputusan muktamad akan dibuat selepas proses rundingan,” katanya.

Mustapha turut berkata bahawa PKR kini berada dalam fasa akhir rundingan pembahagian kerusi dengan BN, manakala perbincangan dengan GRS dijangka dimulakan dalam masa terdekat.

“Masih ada beberapa kerusi yang sedang dirundingkan. Kita akan pastikan ada kesepakatan penuh sebelum pembubaran DUN,” jelasnya.

Lawatan kerja dua hari Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ke beberapa kawasan termasuk Sipitang; Tenom; Inanam; Darau; Petagas dan Api-Api merupakan sebahagian daripada persediaan jentera PKR Sabah menghadapi PRN akan datang.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China