RXZ Members 7.0 gegar K.Terengganu: Anak muda tunjuk kuasa, MB Pas terciduk!

HIMPUNAN RXZ Members 7.0 di Kuala Terengganu membuktikan satu hakikat besar – suara anak muda tidak boleh dikawal, apatah lagi dipolitikkan oleh kerajaan negeri pimpinan Pas. Lebih 100,000 anak muda membanjiri stadium, memenuhi hotel, homestay, kedai makan, malah merancakkan ekonomi rakyat. Inilah denyut nadi sebenar rakyat bawahan.

Namun malangnya, apa yang berlaku?
Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Terengganu diberitakan cuba masuk campur, kononnya mahu menunggang gelombang anak muda. Tetapi sambutan hambar dan reaksi tidak mesra daripada hadirin jelas menunjukkan anak muda tidak mahu acara mereka dipolitikkan. MB dan Exco dihalang untuk menjadikan pentas RXZ sebagai gelanggang ceramah mereka.

Apakah ini tidak cukup untuk membuktikan bahawa Pas semakin jauh dari jiwa anak muda?

Kerajaan Negeri gagal memahami aspirasi belia. Anak muda mahu ruang bebas, mahu bersuara, mahu hiburan dan solidariti mereka diraikan – bukan diperalatkan. RXZ 7.0 ialah lambang kebebasan generasi baru, dan mesejnya cukup jelas: “Kami tolak politik sempit Pas!”.

Lebih malang, propaganda rasmi Pas melalui UPDI cuba mengalihkan isu dengan laporan berat sebelah. Tetapi gambar tidak pernah menipu – ribuan manusia hadir untuk meraikan budaya anak muda, bukan mendengar MB berceramah. Pas boleh cuba putar belit, tetapi persepsi awam sudah jelas – mereka gagal menawan hati belia.

Sebaliknya, Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih konsisten meraikan suara belia, membuka peluang ekonomi, menyalurkan dana usahawan muda, malah mengiktiraf minat anak muda sebagai sebahagian dari pembangunan negara. RXZ 7.0 sebenarnya menyumbang jutaan ringgit ke dalam ekonomi Terengganu – sesuatu yang Kerajaan Negeri langsung tidak rancang, tetapi mahu menumpang nama.

Pas boleh cuba menutup kelemahan mereka, tetapi realitinya anak muda sudah tunjuk jalan keluar. Mereka mahu kerajaan yang faham, bukan kerajaan yang asyik berpolitik.

Anak muda telah buktikan – pentas mereka bukan untuk lebai berucap, tetapi untuk rakyat bersatu!

“Guaner MB kessok ati ngat kes RXZ Member, rilek-rilek doh ar, program Kerajaang Negeri sebelum ni tok jemput pun sek Perpaduang MADANI Terengganu, tok nyetok pun rilek je, guane gitu derah nyetok ngat MB?”

Foto: FB RXZ Members – Official

Related Posts

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

KERAJAAN Negeri Terengganu wajar diberikan kredit apabila baki hutang awam negeri berjaya dikurangkan dengan ketara. Namun, apabila angka itu digunakan sebagai bukti bahawa hampir RM800 juta hutang berjaya “dilunaskan” semata-mata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa erti kemerdekaan belum sempurna selagi undang-undang ‘warisan penjajah’ yang didakwa menyekat pelaksanaan Islam tidak dihapuskan. Naratif itu kuat kerana menggabungkan tiga perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula