‘Jangan terpengaruh fitnah, pembohongan pihak pembangkang’

TUARAN – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta para guru di negeri ini agar membantu kerajaan dalam menyampaikan maklumat tepat mengenai dasar serta program pembangunan yang dilaksanakan.

Beliau menasihatkan golongan pendidik agar tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan pihak pembangkang.

“Jangan terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan pihak pembangkang. 

“Mereka tidak nampak semua pencapaian Kerajaan Negeri, ” katanya ketika berucap di majlis perasmian Dewan SK Bundung, Topokon, di sini pada Khamis.

Hajiji berkata, rekod pencapaian Kerajaan Negeri dalam membawa masuk pelaburan berimpak tinggi ke Sabah dan mewujudkan peluang pekerjaan sudah terbukti.

“Kalau betul kita buat salah, kenapa begitu ramai pelabur datang ke Sabah?” katanya, sambil menambah bahawa terbaharu ialah syarikat dari Singapura yang akan melabur sebanyak RM31 bilion dalam tiga fasa di Sipitang.

Katanya, kini Kerajaan Negeri juga melaksanakan banyak inisiatif yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk membantu pelajar di bawah agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Belum pernah sebelum ini begitu banyak inisiatif dilaksanakan bagi pembangunan modal insan dan pendidikan di negeri ini.

“Dalam tempoh hampir lima tahun, kita telah membelanjakan sejumlah RM1.33 bilion untuk tujuan ini,” katanya.

Beliau berkata, biasiswa negeri yang diagihkan kepada pelajar tahun ini juga telah meningkat kepada RM138 juta berbanding kira-kira RM50 juta sebelum ini.

“Namun jumlah ini masih belum mencukupi, dan saya telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menambah peruntukan tahun depan supaya lebih ramai pelajar Sabah yang cemerlang dapat menikmati bantuan ini,” ujarnya.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan tunai RM200 kepada kira-kira 40,000 pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM setiap tahun.

Ketua Menteri turut memberi jaminan bahawa pembangunan modal insan dan pendidikan akan terus menjadi keutamaan utama Kerajaan Negeri masa ini.

Related Posts

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AYER KEROH – Proses demokrasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dihormati dan diperkukuh, termasuk dalam soal kepemimpinan parti serta keputusan memberi ruang kepada Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak