Mahkamah perintah ‘gag order’ prosiding 5 remaja berdepan tuduhan buli

KOTA KINABALU – Peguam keluarga Zara Qairina, Hamid Ismail memaklumkan bahawa mereka tidak boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang berlaku mengenai prosiding dakwaan lima remaja yang terbabit dalam kes buli Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di sini, pada Rabu.

Ini susulan perintah mahkamah mengeluarkan perintah larangan siar atau ‘gag order’ berhubung prosiding yang berlangsung.

“Ini Mahkamah Kanak-Kanak. Kami tidak boleh bercakap tentang apa yang berlaku di dalam kerana ada ‘gag order’.

“Jadi kami mohon maaf. Kalau perkara lain kami boleh jawab tapi untuk yang prosiding hari ini kami tidak dibenarkan kerana wujudnya seksyen 15 bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan juga ada ‘gag order’,” jelasnya ketika ditemui selepas prosiding tersebut di Mahkamah Kanak-Kanak, di sini. 

Katanya lagi, mereka menunggu tarikh perbicaraan yang berkemungkinan dalam minggu ini. 

Sebelum itu, prosiding yang bermula seawal pukul 9 pagi tersebut, berlangsung kira-kira sejam 30 minit. 

Related Posts

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Empat belas pertubuhan masyarakat sivil menggesa semua dokumen berkaitan pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Tun Razak didedahkan sepenuhnya, dengan menegaskan ketelusan penting bagi memelihara keyakinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan menghormati keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

  • By Fandi
  • September 19, 2026
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari