Kes Zara Qairina: Jangan hukum, cipta spekulasi di media sosial – KDN

PUTRAJAYA – Kebenaran dan keadilan dalam kes melibatkan kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir mesti ditegakkan mengikut lunas undang-undang, bukannya melalui spekulasi di media sosial.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, meskipun pelbagai khabar angin terus tersebar, siasatan terhadap pelajar itu telah dijalankan secara telus tanpa sebarang cubaan menutup maklumat.

Menurutnya, kebenaran tidak boleh diperoleh dengan menelan bulat-bulat teori yang dikemukakan mana-mana pihak termasuk naratif di media sosial.

“Usaha mencari kebenaran dan keadilan mesti berlandaskan undang-undang. Ia tidak boleh bergantung kepada apa yang diperkatakan di luar sana atau di platform media sosial.

“Saya tegaskan dengan jelas, tiada sebarang unsur menutup maklumat. Setiap langkah yang diambil adalah mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), pada Rabu.

Dalam pada itu, Saifuddin mengakui pihak polis berada dalam tekanan, namun menegaskan proses undang-undang perlu dihormati.

Beliau turut memaklumkan bahawa bedah siasat telah dijalankan oleh empat pakar perubatan, dan hasilnya sudah dimaklumkan kepada keluarga serta pihak penyiasat.

“Kebenaran dan keadilan mesti melalui proses siasatan undang-undang. Siapa yang paling berkuasa untuk buat siasatan undang-undang? Polis. Dan itulah yang kita buat.

“Jika ada kelemahan, seperti keterangan yang tercicir, mereka yang bertanggungjawab mesti memikul akauntabiliti. Bukit Aman telah pun menjelaskan perkara ini,” katanya.

Saifuddin menekankan bahawa siasatan polis sudah selesai dan perkara itu kini berada di bawah pertimbangan Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Perlembagaan jelas menyatakan, terserah kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada pendakwaan dibuat atau tidak, berdasarkan kertas siasatan,” katanya.

Pada Isnin lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan lima remaja akan didakwa di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan, manakala Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan 3 September untuk memulakan prosiding inkues berhubung kematian Zara Qairina.

Zara Qairina,13, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga asrama sekolah yang kemudiannya meninggal dunia pada 17 Julai sehari selepas itu.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu