Ada keperluan laksana Pelan Induk Kereta Api Malaysia

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan bercadang membangunkan Pelan Induk Kereta Api Malaysia yang komprehensif demi memperkasakan industri rel negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pembangunan pelan induk tersebut dapat memberi panduan kepada semua pemain industri rel.

“Ia juga adalah adalah panduan kepada kerajaan dalam merancang penyediaan peruntukan yang optimum bagi pembangunan rel sedia ada dan juga masa depan,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen, pada Rabu.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen (PH) Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung kesediaan Kementerian untuk mewujudkan Jajaran Rel Selangor yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Subang dan Pelabuhan Klang di samping menghidupkan kawasan Pantai Barat. Apakah kekangan utama selain faktor kos pembangunan.

Mengulas lanjut, Loke berkata, cadangan pembangunan Jajaran Rel Selangor pernah dibentangkan kepada kementerian pada tahun 2024 dan maklum balas dari aspek penambahbaikan sudah diberikan kepada perunding dan Kerajaan Negeri.

“Selain dari isu kos pembangunan, semua pembangunan infrastruktur rel yang dirancang dan dilaksanakan buat masa ini adalah dikaji secara berasingan oleh pemilik projek berkaitan.

“Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan mengalu-alukan maklum balas dalam pembangunan Pelan Induk Kereta Api Malaysia supaya Jajaran Rel Selangor dapat diharmonikan bersama agenda pembangunan rel negara,” katanya.

Related Posts

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan disifatkan sebagai reformasi penting pasaran tenaga kerja yang bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah membantu memperkukuh kecukupan simpanan persaraan ahli Kumpulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk ‘waad’ dan ‘lighad’ ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak