SPRM tumpaskan sindiket seludup tembakau, cerut

PUTRAJAYA – Sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan cerut yang mengakibatkan negara kerugian hasil cukai melebihi RM250 juta sejak tahun 2020 akhirnya berjaya ditumpaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Serbuan bersepadu melalui Op Sikaro itu dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di 14 lokasi sekitar Lembah Klang serta Johor, pada Selasa.

Menurut sumber, operasi menyasarkan beberapa premis perniagaan, syarikat pengedar tembakau dan cerut serta pembekal minuman keras yang dipercayai berperanan sebagai dalang utama sindiket.

“Hasil serbuan yang dijalankan, SPRM melaksana tindakan membekukan akaun perbankan persindirian dan akaun syarikat yang melibatkan nilai kira-kira RM218 juta.

“JKDM turut bertindak menggantung lesen import beberapa syarikat yang dikenal pasti terlibat dengan kegiatan berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Apa yang membimbangkan, sindiket itu (dipercayai) turut melibatkan agensi penguatkuasaan.

“SPRM akan menumpukan siasatan kepada usaha mengesan serta menyita aset-aset lain mereka yang terlibat melalui aktiviti pengubahan wang haram,”katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan serbuan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

“SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan melalui rasuah, pengubahan wang haram dan penyeludupan yang merugikan negara,” katanya.

Related Posts

Onn Hafiz dapat perkenan Pemangku Sultan, DUN Johor dibubar serta-merta

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menjadikan Rukun Negara sebagai pegangan hidup dan asas dalam memelihara perpaduan serta keharmonian negara. Seri Paduka bertitah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn Hafiz dapat perkenan Pemangku Sultan, DUN Johor dibubar serta-merta

Onn Hafiz dapat perkenan Pemangku Sultan, DUN Johor dibubar serta-merta

Lelaki Rohingya maut ditikam dalam kes rumah tangga

Lelaki Rohingya maut ditikam dalam kes rumah tangga

Sarawak rintis kerjasama semikonduktor Korea Selatan

Sarawak rintis kerjasama semikonduktor Korea Selatan

JPA siasat sebelum ambil tindakan terhadap penjawat awam, penyebar fitnah boleh dikenakan tindakan

JPA siasat sebelum ambil tindakan terhadap penjawat awam, penyebar fitnah boleh dikenakan tindakan

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat