Tujuh warga asing gagal bolos masuk di Bukit Kayu Hitam

ALOR SETAR – Seramai tujuh warga asing dari Thailand, India, dan Laos telah dihalang daripada memasuki Malaysia di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini semalam.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan berkata, kesemua individu termasuk dua wanita dikenakan Notis Penolakan Masuk (NPM) oleh AKPS kerana disyaki bukan pelancong tulen dan gagal memenuhi syarat kemasukan sebagai pelawat.

“Mereka ialah empat lelaki warga Thailand, seorang lelaki dan seorang wanita warga India, serta seorang wanita warga Laos berusia dalam lingkungan 30-an hingga 50-an.

“Siasatan mendapati sebahagian daripada mereka turut tersenarai dalam senarai syak Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya.

Menurutnya, tindakan penolakan masuk itu dilaksanakan selaras dengan peruntukan Seksyen 8(3), Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua individu terbabit telah diarahkan untuk berpatah balik ke negara asal melalui laluan masuk yang sama sejurus selepas notis dikeluarkan.

“Proses tersebut dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

AKPS menegaskan komitmen untuk terus memperketat kawalan di semua pintu masuk negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang cuba memasuki Malaysia secara tidak sah atau gagal mematuhi syarat yang ditetapkan bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan sempadan negara,” katanya.

Related Posts

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

BERUAS – Tokoh masyarakat dan politik, Datuk Dr Azhar Ahmad menafikan dakwaan tular yang mendakwa beliau bertindak agresif dengan menampar seorang pelajar yang juga cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana