Penghijrahan doktor ke luar negara kerana tawaran gaji lebih tinggi

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan sebanyak 12 pegawai perubatan telah meletakkan jawatan untuk berkhidmat di luar negara pada tahun 2024, iaitu bersamaan 3.1 peratus daripada keseluruhan 386 peletakan jawatan yang direkodkan pada tahun berkenaan.

Dzulkefly berkata, faktor utama penghijrahan tenaga kerja berkemahiran tinggi itu adalah tawaran gaji yang lebih kompetitif di negara maju, didorong oleh kadar pertukaran mata wang asing yang lebih kukuh berbanding ringgit.

“Isu penghijrahan doktor atau talent migration ini bukanlah perkara baharu dan turut dialami oleh negara membangun lain. Tekanan kerja yang tinggi turut menjadi salah satu faktor,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN–Permatang Pauh) di Parlimen mengenai tindakan kementerian bagi menangani masalah penghijrahan doktor muda ke luar negara disebabkan tekanan kerja serta sistem kontrak yang dianggap tidak adil.

Menurut Dzulkefly, Kementerian Kesihatan tidak boleh menghalang pegawai perubatan daripada memilih kerjaya sama ada dalam sektor swasta atau di luar negara. Namun, pelbagai langkah sedang diambil bagi mengekalkan khidmat doktor dalam sektor awam.

Sejak tahun 2023, sebanyak 13,552 pegawai perubatan kontrak telah dilantik ke jawatan tetap, dengan purata lebih 4,000 pelantikan tetap dibuat setiap tahun melalui kerjasama dengan agensi pusat.

Beliau turut menjelaskan bahawa pegawai perubatan gred UD9 menikmati gaji permulaan sebanyak RM5,380, iaitu yang tertinggi dalam skim perkhidmatan awam, dengan kenaikan tahunan sebanyak RM225.

Selain itu, insentif lain turut disediakan, termasuklah elaun locum sebanyak RM80 sejam, elaun bertugas on-call antara RM80 hingga RM220 semalaman, serta elaun pembedahan elektif RM80 sejam.

Peluang kenaikan pangkat juga terbuka melalui skim kenaikan masa (time-based promotion) daripada gred UD9 ke gred UD14 dalam tempoh 12 tahun, selain laluan khas kemasukan ke gred UD10 bagi pegawai perubatan kontrak yang disahkan ke jawatan tetap.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, peluang latihan turut diperluas dengan penawaran 600 tempat setahun di bawah program latihan kepakaran Parallel Pathway tajaan Kementerian Kesihatan yang meliputi 14 bidang kepakaran bermula 2025, berbanding hanya 52 tempat pada tahun 2022.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal