Tiada kompromi, kes buli di Johor akan segera diambil tindakan

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi amaran bahawa tiada kompromi terhadap salah laku buli di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurut beliau, kes sebegini mesti dikendalikan dengan adil dan telus berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Saya mengambil serius kejadian buli melibatkan seorang murid di Johor seperti yang dilaporkan media.

“Siasatan kes ini perlu disegerakan agar tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Sementara itu, Fadhlina berkata, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menziarahi murid berkenaan yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

“Saya doakan semoga anak ini diberi kesembuhan segera,” katanya. 

Sebelum ini, media melaporkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun yang juga pesakit kanser hidung kini menderita akibat gegaran otak selepas didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama di Johor Bahru pada Februari lalu.

Ibunya, Siti Suhana Misdi, 39, turut meluahkan kekesalan apabila pelaku berusia 12 tahun itu difahamkan tidak dikenakan tindakan sewajarnya dengan alasan masih di bawah umur.

Menurutnya, perbuatan itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak berpuas hati selepas kakak kepada mangsa menolak cinta murid lelaki berusia 12 tahun itu.

Siti Suhana berkata, dia hanya mengetahui perkara itu selepas anak perempuannya mendedahkan kejadian pada 24 Mac kerana bimbang keadaan adiknya semakin teruk.

Beliau membuat laporan polis di Balai Polis Taman Universiti pada 26 Mac, namun difahamkan kes berkenaan tidak sesuai untuk dibuka kertas siasatan dan tindakan yang diambil hanyalah sesi perjumpaan antara kedua-dua keluarga.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar