PKR bakal tanding lima kerusi DUN Pantai Timur, Romansa antara nama diangkat – Mustapha

LAHAD DATU – PKR menumpukan perhatian kepada lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pantai Timur pada Pilihan Raya Negeri (PRN17) Sabah akan datang dengan Ketua Cabang Lahad Datu, Romansa Lamin, antara nama yang disenaraikan sebagai calon berpotensi.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, lima kerusi berkenaan masing-masing dua Tawau dan Sandakan serta satu di Lahad Datu.

“Senarai calon sudah dihantar dan di Segama ini memang antara calon yang dikemukakan adalah Ketua Cabang sendiri.

“Jadi kita akan beri laporan kepada Ketua Pengarah Pilihan Raya kita di negeri juga pusat dengan perkembangan yang berlaku di DUN Segama ini.

“Kita harap mereka akan dapat membuat keputusan yang terbaik untuk memilih calon yang terbaik untuk kita menang DUN Segama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PRN17 Sabah Segama di Golden Velvet Ballroom, di sini, pada Sabtu.

Mustapha turut menegaskan kekuatan akar umbi PKR di Lahad Datu dengan keahlian seramai 10,600 orang selain tidak pernah hilang deposit semasa bertanding membuktikan sokongan pengundi yang konsisten terhadap parti terbabit.

“Saya fikir Kerajaan MADANI ini juga akan menambah nilai berikutan populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Pakatan Harapan.

“Ini kita harap akan dapat memberi keyakinan kepada pengundi untuk memberi sokongan kepada Pakatan Harapan dan PKR,” katanya.

Mengenai kerjasama PHBN dan GRS yang didakwa mengelirukan pengundi, Mustapha berkata, PH terbuka menjalin kerjasama dengan GRS dan akan memulakan sesi rundingan.

“Jadi bagi pihak PH, kita mahu mana-mana kerusi yang ditandingi PKR tidak akan bertindih dengan BN dan GRS.

“Saya tidak boleh bercakap mewakili mereka, terpulang pada parti mereka, tetapi kita guna pendekatan mengekalkan kesepaduan Kerajaan MADANI supaya kita tidak berlanggar sesama sendiri,” jelasnya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang