City perlu cari rentak juara lepas atasi Wolverhampton

PEP Guardiola menegaskan kemenangan 4-0 Manchester City ke atas Wolverhampton Wanderers pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris tidak bermaksud pasukannya sudah kembali ke tahap lama.

Ribuan penyokong City yang hadir di Molineux melaungkan ‘City sudah kembali’ selepas menyaksikan persembahan mantap anak buah Guardiola, namun pengendali Sepanyol itu meminta penyokong supaya bertenang.

“Permulaan ini adalah keputusan yang baik, tetapi sama sahaja seperti musim lalu. Musim lalu kami bermula dengan kemenangan 2-0 ke atas Chelsea, tetapi lihat apa yang berlaku kemudian,” kata Guardiola.

Menurut Guardiola, musim lalu juga City memulakan kempen dengan penuh tenaga dan keazaman, tetapi keadaan berubah selepas beberapa bulan.

“Ini hanya perlawanan pertama. Masih banyak mata yang perlu direbut,” katanya.

City tampil dengan wajah baharu selepas menamatkan saingan musim lalu di tangga ketiga – pencapaian terburuk mereka sejak kehadiran Guardiola di Etihad.

Lebih menarik, mereka beraksi tanpa Kevin De Bruyne yang meninggalkan kelab, Rodri yang masih cedera, serta Jack Grealish yang dipinjamkan ke Everton.

Penjaga gol Ederson pula tidak diturunkan kerana dikatakan sakit, di sebalik spekulasi perpindahannya ke Turki.

Namun Guardiola tetap berpuas hati dengan pembelian musim panas apabila Tijjani Reijnders dan Rayan Cherki menjaringkan gol pada penampilan sulung, manakala penjaga gol baharu James Trafford tampak meyakinkan di gawang.

Bagaimanapun Guardiola menyuarakan kebimbangannya kerana jumlah pemain terlalu ramai dalam skuad.

“Terlalu ramai pemain. Hari ini tanpa Ederson, Rodri, Phil Foden, Mateo Kovacic, Savinho dan Josko Gvardiol, tetapi di bangku simpanan kita masih ada Nathan Ake dan Gundogan.

“Saya suka skuad yang besar untuk bersaing dalam semua kejohanan, tetapi saya tidak mahu meninggalkan pemain di rumah. Itu tidak sihat. Ia boleh merosakkan suasana dan semangat pasukan.

“Kelab tahu perkara ini sejak musim lalu. Dalam dua minggu akan datang, ejen dan pemain akan berbincang untuk mencari penyelesaian. Kami perlu kecilkan skuad,” tambahnya.

Related Posts

Chelsea miliki akademi bola sepak terbaik

AKADEMI Chelsea dinobatkan sebagai antara yang terbaik di dunia. Bukan saja dari segi pemain dilahirkan untuk mengukuhkan skuad utama, malah dari sudut keuntungan yang dijana untuk kelab sejak kebelakangan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

MARCUS Rashford menerima nombor jersi baharu selepas kembali menyertai Manchester United, perkembangan yang mungkin memberi petunjuk tentang masa depannya bersama kelab itu. Rashford sebelum ini dijangka sudah mengharungi perlawanan terakhirnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA