Anwar lawat ADUN Lintang

DATUK Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa melawat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun yang baru selesai menjalani pembedahan baru-baru ini.

Perdana Menteri yang mengadakan lawatan kerja ke Perak semalam, melawat Mohd Zolkafly di kediaman Exco berkenaan selepas majlis perasmian pecah tanah projek pembangunan Ipoh Sentral.

“Sambil bertanya khabar mengenai keadaan kesihatan beliau, kami turut bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa yang melibatkan rakyat dan pembangunan negeri,” menurut Anwar menerusi satu hantaran Facebook.

Beliau turut mendoakan Ahli Dewan Undangan Negeri Lintang itu diberikan kesembuhan.

Terdahulu dalam lawatan kerja itu, Anwar turut merasmikan Karnival Tenusu MADANI di Kompleks Tenusu Farm Fresh Perak dekat Larut serta meninjau projek pembinaan jalan baharu dari Kamunting ke Anak Kurau, Larut Matang Selama Fasa Dua, di bawah Program Jalan Luar Bandar Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Related Posts

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar