Cinta kraftangan Sarawak jadi sumber rezeki

KUCHING – Minat yang bermula sekadar suka-suka akhirnya membuka pintu rezeki buat seorang pengusaha kraftangan Sarawak, Sophia Brodie, 53, apabila hasil tangannya kini mendapat mula tempat di hati ramai peminat seni warisan tempatan.

Setiap pagi, Sophia tekun menghasilkan kraftangan bermotifkan etnik Sarawak termasuk corak Orang Ulu, Bidayuh dan Iban yang terkenal dengan keunikan tersendiri. Hasil karyanya bukan sahaja melambangkan identiti budaya negeri ini, malah turut menjadi tarikan utama orang ramai. 

“Pada mulanya saya buat hanya untuk mengisi masa lapang, tetapi lama-kelamaan saya menerima banyak permintaan. Dari situlah saya mula serius menjual hasil kraftangan ini,” katanya ketika ditemui oleh wartawan The Malaysia Press pada Program Hari Mesra Warga Emas Sihat & Ceria’ @ Pusat Aktiviti Warga Emas Puncak Borneo pada Sabtu.

Menurut Sophia, menghasilkan satu-satu produk bukanlah kerja mudah kerana memerlukan ketelitian serta kesabaran tinggi. Ada antara hasil tangannya mengambil masa sehingga tiga hari untuk disiapkan.

“Cabaran utama ialah masa. Kraftangan memerlukan fokus penuh dan kerja halus, tetapi kepuasan melihat orang menghargai hasil kerja saya menjadikan segala penat lelah berbaloi,” jelasnya.

“Saya sering dijemput menyertai ekspo kerana mahu mengambil peluang untuk mempromosikan identiti negeri kita. Saya mahu lebih ramai orang tahu bahawa Sarawak kaya dengan seni budaya yang indah,” katanya.

Bagi orang ramai yang berminat mendapatkan hasil kraftangan beliau, Sophia boleh dihubungi terus di talian 016-3782317.

Related Posts

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

GEORGE TOWN – Angkara teguran, seorang warga emas menetak abang kandungnya sehingga cedera parah dengan parang dalam satu pertengkaran di sebuah rumah kebun durian di Paya Terubong, Air Itam di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat