Usahawan disaran dekati komuniti melalui program CSR

KEMAMAN – Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) berupaya menjadi jambatan penghubung antara usahawan dan komuniti setempat dalam membangunkan daya tahan serta membentuk gaya hidup sihat.

Pemilik Klinik Luqman & Nadirah, Dr Mohd Luqman berkata, usahawan tidak seharusnya terbatas dalam ruang perniagaan semata-mata kerana peranan mereka turut berkait rapat dengan kesejahteraan masyarakat.

“Komuniti dan keusahawanan berpisah tiada. Hubungan ini lebih relevan bagi pemilik klinik persendirian untuk membantu membentuk komuniti bebas penyakit,” katanya ketika ditemui pada Program Bubur Asyura Peringkat Komuniti di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Iman, di sini pada Khamis.

Program berkenaan dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Iman dengan kerjasama Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Daerah Kemaman serta Komuniti MADANI Kampung Gong Limau.

Yang Dipertua PIBG SK Seri Iman, Marwari Mohammad berkata, penganjuran kali ini lebih meriah dengan penglibatan pelbagai pihak yang bergotong-royong menjayakan program.

“Penglibatan pelbagai pihak dan agensi wajar diperluaskan dalam program sekolah pada masa depan bagi mengukuhkan agenda sekolah bersama komuniti serta menjayakan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

Sebanyak tiga kawah bubur asyura disediakan pada tahun ini dengan sumbangan PIBG SK Seri Iman, JKOM Daerah Kemaman, Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu (Intelek Terengganu), Klinik Luqman & Nadirah, dan Komuniti MADANI Kampung Gong Limau.

Related Posts

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

IPOH – Penemuan pelbagai jenis dadah di lokap Balai Polis Lumut, membawa kepada penahanan seorang anggota polis berpangkat konstabel bagi membantu siasatan, pada Selasa lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

SARATOK – Tiga lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah tong gas di sebuah rumah panjang di Awik  bagi mendapatkan wang untuk membeli bekalan dadah. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan