Unjuran KDNK kekal 4.0 hingga 4.8 peratus hingga hujung 2025

PUTRAJAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2025 pada julat 4.0 hingga 4.8 peratus.

Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour menyatakan unjuran itu dibuat dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan daripada rundingan tarif antarabangsa.

“Tidak perlu untuk kami menyemak semula angka pertumbuhan ini,“ jelas beliau dalam sidang media hari ini.

Beliau turut mendedahkan BNM telah memberikan jangkaan kadar tarif antara 25 hingga 30 peratus dalam rundingan dengan Amerika Syarikat (AS).

“Dari segi keseimbangan pertumbuhan risiko dan keuntungan, selesainya rundingan ini meredakan ketidakpastian,“ katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui masih wujud ketidakpastian berterusan dalam beberapa aspek.

“Sebagai contoh, dari segi tarif sektoral dan perkembangan perbincangan serta rundingan dengan beberapa negara yang masih belum dimuktamadkan,“ jelasnya.

Pada awal Ogos 2025, AS melaksanakan pengurangan tarif sebanyak 19 peratus ke atas import dari Malaysia.

Kadar timbal balas terkini ini lebih rendah berbanding kadar asal 25 peratus yang dirancang sebelumnya.

Abdul Rasheed menekankan keputusan mengekalkan unjuran pertumbuhan menunjukkan keyakinan terhadap ketahanan ekonomi negara.

Beliau juga menyatakan BNM akan terus memantau perkembangan rundingan perdagangan antarabangsa.

Related Posts

Belanjawan 2027 dijangka lebih berdisiplin, fokus keutamaan ekonomi semasa

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi petunjuk bahawa Belanjawan 2027 akan disusun dengan pendekatan lebih berdisiplin dan berhemat susulan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia kekal nombor satu ekonomi Islam terbaik dunia

PUTRAJAYA – Malaysia mengekalkan daya saing peringkat global dalam pelbagai sektor ekonomi Islam dengan membuktikan keyakinan berterusan masyarakat antarabangsa terhadap kekuatan ekonomi negara. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji