Dia layan saya macam ‘anjing kurap’ – Ibu Anna Jobling

KRISIS antara pelakon, Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop, menjadi bualan hangat apabila wanita itu tampil membuat pendedahan beremosi mengenai layanan anaknya.

Dalam satu rakaman video dimuat naik di Instagram Story, Ariz mendakwa dirinya diperlakukan seperti ‘anjing kurap’ biarpun berkorban harta dan tenaga demi memastikan kesenangan hidup anaknya yang juga pelakon drama popular itu.

“Saya sudah pesan, bila sudah terkenal jangan lupa diri. Tetapi bila dia sudah terkenal, dia buat saya begini.

“Walaupun dia selalu beri duit, dia ingat dia boleh layan saya macam ini?

“Saya bergolok gadai kereta, barang kemas segala sebab mahu hidup dengan dia di Kuala Lumpur. Sayalah pemandu yang tidak bergaji, bawa dia ke hulu ke hilir,” katanya.

Ariz menjelaskan, pergaduhan yang pada awalnya hanya melibatkan rasa tidak puas hati antara mereka bertukar tegang apabila Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling memanggil peguam untuk campur tangan.

“Pada awalnya, kami hanya bergaduh biasa saja sebab banyak benda yang saya tidak puas hati terhadap dia dan dia juga terhadap saya.

“Tapi dia punya hina saya sampai boleh panggil peguam, keluarkan saya dari kereta seperti saya mahu bunuh dia,” jelasnya sambil menangis.

Wanita itu juga menyatakan dia tidak pernah mengharapkan balasan besar daripada anaknya, sebaliknya hanya mahu menumpang kesenangan setelah membesarkan dan membantu kerjaya anaknya.

“Kita harap anak kita boleh hidup senang. Bolehlah tumpang senang seorang anak. Tetapi macam ini dia buat pada saya.

“Terbang setinggi mana kau mahu terbang, tapi jangan lupa dalam setiap kejayaan itu ada pada doa seorang ibu,” luahnya lagi.

Kemelut dua beranak itu mencuri perhatian apabila Ariz memaklumkan dia menerima perintah injunksi difailkan Anna, selain berkongsi foto berada di balai polis.

Anna bagaimanapun masih mendiamkan diri dan tidak memuat naik sebarang kenyataan atau penjelasan berhubung isu berkenaan.

Related Posts

Marsha akui sukar beri markah, peserta mula hilang momentum

KOTA KINABALU – Perbezaan tahap pengalaman dan kemampuan peserta Borneo Rising memberi cabaran kepada barisan juri untuk membuat penilaian secara adil. Juri tetap program itu, Marsha Milan berkata, sebahagian peserta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepilok Jazz 2026 berpotensi angkat Sandakan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

SANDAKAN – Festival Sepilok Jazz 2026 dilihat berpotensi menjadi antara produk pelancongan antarabangsa yang mampu mengangkat nama daerah ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan muzik, budaya dan alam semula jadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera