STR Fasa 3 ringankan beban, rakyat Sarawak sambut dengan syukur

Oleh: Haziq Azhar, Jasmine AE

KUCHING – Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang mula disalurkan pada 12 Ogos 2025 disambut positif oleh rakyat pelbagai lapisan, yang menyifatkan inisiatif Kerajaan MADANI itu sebagai langkah tepat bagi meringankan beban kos sara hidup.

Dengan peruntukan RM2 bilion, seramai 8.6 juta penerima bakal menikmati bayaran sehingga RM650, mengikut kategori kelayakan masing-masing. Jumlah ini turut mencatat peningkatan 300,000 penerima berbanding Fasa 1 pada Januari lalu.

Bagi Naziry Harizan, 30, bantuan ini tetap memberi keceriaan meskipun jumlah diterima golongan bujang lebih kecil berbanding penerima berkeluarga.

“Ini membuktikan kerajaan tidak mengetepikan golongan bujang. Saya harap jumlah ini dapat ditingkatkan kerana ada yang menyara keluarga, termasuk adik-beradik yang masih belajar dan ibu bapa memerlukan kos rawatan tinggi,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Rezza Abdullah Bahida, 33, berpendapat STR banyak membantu rakyat, khususnya keluarga berpendapatan rendah.

“Sekurang-kurangnya ia boleh kurangkan beban seperti beli barang dapur, bayar bil dan belanja sekolah anak. Perbelanjaan ini juga menguntungkan peniaga tempatan, sekali gus merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar,” ujarnya.

Bagi warga emas, bantuan ini memberi makna tersendiri. Nasib Apong, 61, bersyukur kerana bantuan dapat digunakan untuk membeli keperluan harian.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin terhadap golongan warga emas. Walaupun jumlahnya tidak besar, ia tetap membantu menguruskan perbelanjaan dengan lebih teratur,” katanya.

Seorang lagi warga emas, Hajijah Kadir, 60, menasihatkan penerima supaya berbelanja secara berhemah.

“Bantuan ini inisiatif baik untuk keperluan asas, tapi penerima perlu bijak menguruskan wang dan sentiasa membuat semakan di portal rasmi bagi mengelak penipuan,” katanya.

Bagi Gerald Gilles, 30, langkah menambah jumlah penerima STR wajar dipuji.

“Mungkin kerajaan boleh mencontohi kaedah bantuan seperti di Sarawak, di mana wang bantuan difokuskan untuk pembelian barangan dapur, bagi mengelakkan penyalahgunaan,” katanya.

Pembayaran STR Fasa 3 akan dilakukan secara berperingkat sama ada dikreditkan terus ke akaun bank penerima atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tidak mempunyai akaun bank, termasuk di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman