RM550,000 setahun bantu rancakkan semula pengeluaran koko negara

TAWAU – Sebanyak RM550,000 secara tahunan diperuntukkan menerusi Program Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan bagi merancakkan semula pengeluaran koko negara secara mampan.

Program strategik oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi serta Lembaga Koko Malaysia (LKM) ini dilaksanakan bermula 2025 hingga 2030.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Chan Foong Hin berkata, melalui program ini, LKM mengagihkan bantuan berbentuk anak benih koko berkualiti tinggi secara percuma, memberi bimbingan teknikal dan latihan amali, serta pemantauan berterusan bagi memastikan penanaman koko dijalankan mengikut amalan pertanian terbaik.

“Dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, penglibatan syarikat perladangan di Sabah adalah seluas 89 hektar.

“Syarikat yang terpilih menyertai program ini diberi insentif 5,000 anak pokok koko berkualiti tinggi, bernilai RM50,000 serta khidmat nasihat teknikal seperti pembangunan nurseri, sistem tanaman dan lain-lain lagi.

“Bagi tempoh lima tahun, program ini mensasarkan keluasan tanaman koko sebanyak 2,750 hektar di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas  merasmikan Program Libat Urus : Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan Wilayah Sabah di Hotel Emas, pada Selasa.

Menurut Chan, harga koko dunia kini telah mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan.

“Pada tahun 2024, purata harga biji koko kering telah meningkat sebanyak 141 peratus kepada RM24,274 satu tan metrik berbanding RM10,073 pada tahun sebelumnya.

“Perkembangan ini menjadikan koko sebagai tanaman komoditi yang mampu menjana pulangan lumayan,” katanya.

Pada program itu, seramai 150 orang peserta terdiri daripada syarikat-syarikat perladangan, pengusaha individu, kelompok-kelompok petani serta wakil-wakil agensi kerajaan yang berkaitan terlibat dalam libat urus terbabit.

Related Posts

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

KANGAR – Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan akaun media sosial palsu yang menyamar menggunakan nama agensi kerajaan bagi menawarkan pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau bantuan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

BANGI – Gerakan Islam tidak seharusnya hanya bergantung kepada semangat, emosi dan sentimen, sebaliknya perlu diperkukuh dengan ilmu, akhlak serta idealisme perjuangan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

England tewas tipis kepada Sepanyol

England tewas tipis kepada Sepanyol

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang