Zakat MAINPP peruntuk RM3 juta taja latihan TVET asnaf Pulau Pinang

SEBERANG JAYA – Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) memperuntukkan RM3 juta setahun bagi menaja latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada golongan asnaf fakir dan miskin.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, sejak 2019, seramai 120 pelatih telah mengikuti kursus kemahiran di institusi terpilih.

Menurutnya, antara agensi yang terlibat dalam kolaborasi dengan Zakat MAINPP ialah Penang Skills Development Centre (PSDC), Akademi Binaan Malaysia Cawangan Changlun, GRAB Malaysia, dan Kulim Advanced Technology.

“Ini antara usaha dan iltizam kerajaan negeri melalui MAINPP dalam mengiktiraf kepentingan projek agihan zakat berkaitan kemampanan sosioekonomi umat Islam, seiring dengan pelbagai ranah membangun Malaysia MADANI.

“Kolaborasi rakan sinergi ini bertujuan memanfaatkan kekuatan, sumber, dan kepakaran kolektif untuk menghadapi cabaran dalam masyarakat, khususnya asnaf zakat, serta menyumbang kepada matlamat yang lebih luas dalam pemerkasaan sosial dan ekonomi di negeri Pulau Pinang,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Usahawan Wanita Ummi Therapy dan Pelatih TVET Tajaan Zakat MAINPP di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, Muhammad Kairi Ghazali dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman.

Mohamad yang juga Yang Dipertua MAINPP berkata, setiap peserta perlu menjalani latihan selama enam bulan, selain diberikan jaminan peluang pekerjaan melalui Memorandum Persefahaman antara pusat latihan dan syarikat-syarikat industri.

Beliau berkata, melalui program ini, seramai 58 usahawan asnaf berjaya menjadi pembayar zakat, dan MAINPP menyasarkan lebih ramai akan keluar daripada kemiskinan pada masa akan datang.

Dalam masa sama, beliau berkata, Zakat MAINPP berharap kutipan zakat tahun ini dapat mencecah RM200 juta, sekali gus membolehkan peruntukan TVET ditingkatkan daripada RM3 juta kepada RM5 juta setahun.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut