Terminal SARA Pulau Sebatik bantu penduduk nikmati barang harga bandar

TAWAU – Sebuah premis di Pulau Sebatik menjadi satu-satunya ‘Point Of Sales’ (POS)  yang membolehkan penduduk Pulau Sebatik menikmati keperluan barangan asas pada harga yang sama seperti di bandar menerusi terminal Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, premis Wafi Enterprise itu membantu penduduk menggunakan peruntukan RM100 melalui MyKad untuk membeli barangan yang tersenarai di bawah ‘Stock Keeping Unit’ (SKU).

“Oleh kerana program ini ialah untuk memastikan bahawa kawasan-kawasan pendalaman ini menikmati harga sama macam di tempat lain, jadi kalau LPG 14 kilogram tu kalau kita di bandar ni dapat RM26.60, mereka di sana pun RM26.60.

“SKU SARA agak banyak juga seperti barang perlu antaranya lampin pakai buang, beras, minyak, mi segera dan minuman coklat malt,” katanya kepada media selepas sesi turun padang ke POS di Pulau Sebatik, pada Ahad.

Jelas Fuziah, stok barangan di premis itu juga dipastikan mencukupi dan KPDN sentiasa bekerjasama dengan agensi lain memastikan tiada ketirisan berlaku.

“Di situ (Sebatik) juga ada sempadan tetapi KPDN tidak bekerja sendirian, sebaliknya kerjasama dengan agensi-agensi dan badan penguat kuasas yang lain.

“Walaupun KPDN tiada di situ, setiap masa agensi-agensi lain, penguatkuasa boleh menjalankan tugas mereka untuk membantu memastikan tidak ada ketirisan,” katanya.

Related Posts

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan